View: 7847 | Reply: 121
Setahun Sakit Tekak, Rupanya Lintah Gergasi Melekat Di Trakea
[Copy link]
Sejak setahun lepas, seorang kanak-kanak berusia lima tahun mengalami sakit tekak.
Selain sakit tekak, sebelum ini juga kanak-kanak dari bandar Linchang, selatan China itu sering mengadu sesak nafas dan berdengkur kuat ketika tidur.
Daily Star melaporkan, selepas pemeriksaan, pihak hospital mendapati seekor lintah gergasi melekat di trakeanya.
Susulan itu, satu pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan haiwan tersebut.
Foto: Daily Star
Rakaman semasa pembedahan menyaksikan petugas kesihatan menarik keluar lintah sepanjang 2.8 inci itu menggunakan sejenis alatan.
Doktor memberitahu, lintah tersebut mungkin memasuki saluran trakea berpunca daripada minum air tidak dirawat.
Di kebanyakan wiayah di China, penduduk diminta supaya menjerang air terlebih dahulu sebelum diminum.
Ini bukan kes pertama kerana April lepas, seorang budak berusia sembilan tahun mengalami nasib yang sama. -CARI
Rate
2
View Rating Log
Gambo lintah gegasi plis
Yihh. Ngeri seh. Camana leh minum air x tgk apa dlm air tu? Lintah ni bknnya haluih sgt pun.
AMARAN : sila sediakan plastik beg ditepi anda utk muntah.
Sediakan plastik beg jika antara x tahan
VIDEO
Besarnya lintah tu. Setahun tu melekat kat kerongkong.
Eh! Takbley lama dalam benang ni. Curious tp jijik. Hahahahaaa
SETAHUNN?! MAIGADD MEMBESAR PULAK DIA DALAM TU YA AMPUN
sarah82 replied at 2-11-2020 03:13 PM
Sediakan plastik beg jika antara x tahan
Mcm bahasa thailand sis. Slang yg seakan sama kut
darkness replied at 2-11-2020 03:49 PM
Mcm bahasa thailand sis. Slang yg seakan sama kut
Selatan china.. Mmg asal bangsa Tai dan Dai Viet
aku tak click langsung video ni. karang tak blh makan pula.
Uiii? Tak rasa benda tu nyiut2 kat tekak ke? Elok pulak perangai lintah tu tak merayap ke tempat lain. Aku dok terbayang lintah tu masuk dalam otak dia huhuhuuuuu
Peterpan17 replied at 2-11-2020 03:57 PM
aku tak click langsung video ni. karang tak blh makan pula.
Aku bagi amaran siap2 supaya angpa semua x muntah
hahahaha!! itulah sebaiknya. bila dah kena warning mcm tu, baik jgn click. cari penyakit je.
Peterpan17 replied at 2-11-2020 04:06 PM
hahahaha!! itulah sebaiknya. bila dah kena warning mcm tu, baik jgn click. cari penyakit je.
Gila la.. Aku dok fikir mcm mana la keadaan budak tu selama setahun.. X rasa geli tekak
Eyuuuuuu... aku terbayang minum air berlintah tu mcm kita minum air cincau agaknya... lembut2 masuk tekak
Seminggu,sebulan bolehlah aku terima. Ini dok setahun dlm tekak tu. Tak sedar ke bila minum atau makan?? yuck!!!