Seorang budak berusia 9 tahun mati ditetak apabila cuba melawan seorang suspek yang cuba untuk merogol ibunya.
Media tempatan melaporkan, kejadian yang berlaku di Birem Bayeun, Aceh Timur di Indonesia itu menyaksikan mangsa, Rangga dan ibunya ketika itu sedang tidur di rumah, sementara bapanya keluar mencari ikan.
Ketua Unit Siasatan Jenayah, Arife S Sukmo, mengesahkan suspek yang dikenali sebagai Samsul,36 ditemui menyorok di kawasan semak berhampiran rumah tersebut.
Kredit foto: Serambi Indonesia
"Suspek yang datang secara tiba-tiba, memasuki rumah mangsa lalu menutup mulut ibu mangsa sebelum memberitahu hasratnya mahu melakukan hubungan seks.
"Bagaimanapun, ibu mangsa melawan dan kekecohan yang berlaku mengejutkan Rangga, yang terus bangun dan cuba menyelamatkan ibunya tetapi ditetak berkali-kali oleh suspek menggunakan sabit sehingga mati."
Ibu yang melihat anaknya dibunuh cuba melawan namun gagal apabila suspek terus melibas dan mencederakan lengannya dengan parang.
Sumber menambah, suspek kemudiannya menyimpan mayat Rangga dalam guni dan membawanya ke ladang kelapa sawit bersama ibu mangsa.
Tiba di lokasi, suspek mengikat dan merogolnya berulang kali sebelum melarikan diri dengan membawa sekali mayat kanak-kanak tersebut.
Ketika ditahan polis, suspek enggan mendedahkan lokasi mayat mangsa.
Bagaimanapun mayat Rangga ditemui nelayan yang sedang mencari ikan di sungai dua hari kemudian.
Mayat diabwa ke hospitan dan pemeriksaan mendapati ada kesan tetakan di leher, dagu, dan jari kelingking tangan kiri juga tiada, dipercayai dipotong oleh suspek. -CARI |