Ekonomi dunia masih huru-hara, sana sini ramai yang kehilangan kerja. Sementelah di Malaysia yang gaji pekerjanya masih di bawah kadar sepatutnya.
Dengan gaji minima RM1,200, ramai hairan bagaimana mahu menyara diri, apatah lagi keluarga?
Namun, penulis buku kewangan ini memberi persepsi berbeza dengan gaji RM1,500 tetapi masih mampu menguruskan ekonomi keluarga. Ianya meraih perhatian yang berbeza daripada warganet.
Foto : FB
Menurut Azizul lagi, rangka bajet di atas sesuai untuk keluarga kecil yang tinggal di luar bandar sahaja. Jadi, janganlah membandingkan kawasan anda di bandar dengan apa yang dinyatakan ini.
"Dengan gaji bawah RM2,300 kita adalah orang miskin hari ini, apatah lagi gaji RM1500 kawan kawan."
Foto : Harian Metro
Malahan, tiada banyak pilihan di waktu sebegini, maka dengan rangka bajet di atas, ia sebenarnya membantu golongan ini merancang dan bukannya untuk diperkotak-katikkan kehidupan mereka. Apa yang penting adalah hidup seadanya dan usah terbeban dengan hutang.
Pandangan ini mendapat perpesi berbeza daripada warganet, bagi yang bersetuju, ya mereka sanggup hidup di bawah kemampuan.
Foto : Twitter
Namun, bagi yang memandang perkara ini dengan realistik, mereka tidak percaya dengan bajet tersebut. Mana nak cari rumah sewa semurah itu?
Foto : FB
Foto : Harian Metro
Jadi, wajar atau tidak gaji sebegini bagi yang berkeluarga? Atau kita sepatutnya terus memperjuangkan gaji dinaikkan? Atau terus membuat dua hingga tiga kerja bagi menampung keperluan hidup? - CARI
|