View: 6558|Reply: 22
|
Senarai 10 Negara Paling Kecil Di Dunia, Namanya Pun Mungkin Korang Belum Pernah
[Copy link]
|
|
Negara Malaysia bukanlah sebuah negara yang besar jika dibandingkan dengan negara-negara lain terutamanya negara jiran serantau. Keluasan negara kita adalah hanya 329,847 kilometer persegi manakala Indonesia pula berkeluasan 1,905 juta kilometer persegi dan Thailand berkeluasan 513,120 kilometer persegi.
Namun jika dibandingkan dengan Singapura dan Brunei, negara kita sudah pastinya berkali-kali ganda lebih besar.
Tetapi mungkin kita merasa Singapura dan Brunei merupakan sebuah negara yang sudah cukup kecil sedangkan ada yang lebih kecil dari kedua-dua buah negara jiran kita ini! Jom kita kenali 10 negara terkecil di dunia ini.
10. Malta
Malta adalah sebuah kepulauan di selatan Eropah dan berada di Laut Mediterranean. Negara yang kesepuluh terkecil ini mempunyai keluasan sekitar 316 kilometer persegi dan ibu kotanya, Valletta merupakan ibu kota terkecil dalam Kesatuan Eropah dengan keluasan 0.8 kilometer persegi. Malta mempunyai sejarah yang panjang disebabkan oleh kedudukan geografinya yang berada di Laut Mediterranean. Kepulauan ini telah mula didiami lebih 7 ribu tahun lalu dan telah diterokai oleh berbagai tamadun seperti tamadun Greek, Rom, Arab dan British. Oleh sebab itu, terdapat banyak tinggalan bersejarah di negara ini sehingga mendapat pengiktirafan daripada UNESCO.
9. Maldives
Maldives adalah sebuah kepulauan kecil di selatan Asia dan terletak di Lautan Hindi. Negara ini mempunyai keluasan 300 kilometer persegi menjadikannya negara kesembilan terkecil di dunia. Dengan pantai yang menarik dilengkapi dengan kemudahan yang sangat baik, pelancongan merupakan sektor kedua terpenting dalam menjana ekonomi di negara ini selepas perikanan. Maldives adalah antara negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasminya.
8. Saint Kitts and Navies
Sejujurnya, penulis belum pernah mendengar nama negara ini kecuali setelah mencarinya di Google. Saint Kitts and Navies merupakan sebuah kepulauan yang terletak di Hindia Barat dan termasuk dalam Antillen Kecil. Kepulauan Saint Kitts and Navies ini adalah antara tempat pertama di Carribean yang dijajah oleh penjajah dari Eropah. Negara ini menduduki tempat kelapan negara terkecil dengan keluasan sekitar 261 kilometer persegi.
7. Marshall Island
Marshall Island adalah sebuah kepulauan yang terletak di tengah Lautan Pasifik dengan keluasan 181 kilometer persegi. Disebabkan kedudukannya yang jauh di tengah Lautan Pasifik, Marshall Island hanya menerima kurang daripada 5 ribu pengunjung setiap tahun. Oleh itu, negara ini perlu bergantung kepada sumber lain untuk menjana ekonomi tempatan seperti perikanan dan penjanaan tenaga melalui sumber yang boleh diperbaharui seperti cahaya matahari dan angin. Walaupun saiznya yang kecil, pulau ini sebenarnya adalah negara yang mempunyai peratus lautan yang terbesar iaitu 97.87% negara ini terdiri terdiri daripada lautan.
6 6. Liechtenstein
Liechtenstein adalah sebuah negara di Eropah yang terletak di antara negara Switzerland dan Austria. Negara kecil ini hanya berkeluasan 160 kilometer persegi namun kecantikannya tiada bandingan. Liechtenstein terdiri daripada kawasan pergunungan dan lembah menjadikannya seolah-olah seperti sebuah tempat dari kayangan.
San Marino adalah sebuah negara di Eropah dan dikelilingi sepenuhnya oleh negara Itali. Namun negara ini bukanlah satu-satunya negara yang dikelilingi oleh Itali. Kita akan lihat sebentar lagi negara mana yang juga dikelilingi oleh Italy. San Marino hanya mempunyai keluasan 61 kilometer persegi! Namun ia merupakan antara negara yang mempunyai kekayaan yang tak terbanding. Negara ini adalah satu-satunya negara yang mempunyai pemilikan kereta yang lebih banyak berbanding bilangan rakyatnya sendiri.
4. Tuvalu
Tuvalu adalah satu lagi kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik dengan keluasan 26 kilometer persegi. Negara ini terdiri daripada beberapa pulau dan pulau terbesarnya ialah Funafuti. Disebabkan kedudukan geografinya yang sangat terasing, negara ini tidak dikunjungi pelancong seperti negara-negara lain. Tidak banyak benda yang boleh dilakukan di negara ini. Malah banyak penduduk di sini keluar bekerja di negara lain seperti New Zealand dan Australia.
3. Nauru
Nauru adalah sebuah negara yang berjiran dengan negara yang keempat dalam senarai ini namun mempunyai keluasan 21 kilometer persegi. Nauru mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ia kaya dengan sumber alam semula jadi iaitu fosfat. Sekitar tahun 1950-an, Nauru mula menggali sumber fosfat dengan agresif dan mula memperoleh kekayaan dengan cepat. Namun sumber ini tidak berkekalan. Sekitar 1980-an, sumber fosfat di Nauru mula berkurang dan tidak mampu lagi menampung negara ini selain kegagalan menguruskan harta negara. Akhirnya, negara ini mula mengalami kemerosotan ekonomi.
2. Monaco
Monaco kerap kali disalah anggap bahawa ia adalah sebahagian daripada Perancis. Ini kerana Monaco dikelilingi oleh Perancis pada setiap sempadan kecuali di bahagian pesisir pantai yang bersempadan dengan Laut Mediterannean. Negara kecil ini mempunyai keluasan hanya 2.1 kilometer persegi. Walaupun kecil, negara ini adalah antara yang terkaya di dunia. Hampir 30 peratus daripada rakyat negara ini adalah jutawan!
1. Vatican City
Vatican adalah tidak asing lagi bagi mereka yang belajar tentang sejarah Islam dan Eropah kerana Vatican adalah tempat tinggal bagi pemerintah tertinggi dalam agama Kristian Katolik, Pope. Negara ini terletak betul-betul di tengah kota Rom dan hanya bersaiz 0.44 kilometer persegi. Di sinilah tempat Pope dipilih dan juga tempat Pope memberi arahan ke seluruh masyarakat Kristian sejak zaman empayar Rom dahulu.
Ok sekarang semua sudah tahu kan rupa-rupanya ini lah antara senarai negara yang terkecil didunia. Seronok juga kan negara kecil, sudah pasti kadar jenayah juga lebih rendah dan yang pastinya lebih mudah untuk ditakbir urus dalam segenap hal. - CARI.
Rujukan
Sumber : ajar.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Negara kecil yg mesra nomad business - Estonia. Boleh jadi e-resident |
|
|
|
|
|
|
|
Arwah ayah pernah sampai San Marino. Kata dia, semua dalam negara tu serba serbi sama jer dgn itali, sebb mula2 sampai ingatkan masuk negeri jer. Rupanya negara lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru2 ni tengok video travel ke Tuvalu
Best je nampak suasana kampung |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MisXoXo at 3-10-2020 07:04 AM
KIM.K replied at 3-10-2020 12:11 AM
Negara kecil yg mesra nomad business - Estonia. Boleh jadi e-resident
Sy teringat Estonia ni masa dedulu kes model sambilan Estonia yg dijumpai mati di Pulau Rawa.. gf kpd Allahyarham Tengku Alang Rezak( alfatihah dilafaz) memula pelik..sbb xpernh dgr negara tu.rupanya wujud dn antara negara terkecil dunia.Monaco sbb selalu tgk kt.movie2..mewah2 ja..kalau sebut monaco watak dlm film.jd betullah..mmg org monaco 80% jutawan.satu lagi vatican city tu sbb terpengaruh dgn cite pontianak tu selain psl pope.gigih cari di carian google.tu ajalah.lain2 ilmu baru..tq pada yg berkongsi ilmu ini. |
|
|
|
|
|
|
|
vatican city is just a city within a city of rome. 44 hektar saja (stgh kilometer) luas dia, tanah makpak hangpa kt kampong luas lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
MisXoXo replied at 3-10-2020 07:01 AM
Sy teringat Estonia ni masa dedulu kes model sambilan Estonia yg dijumpai mati di Pulau Rawa.. ...
iols baru baca, kes regina soosalu agak misteri
Pyropura dah pegi estonia, daftar perniagaan tak silap. Kelebihan daftar perniagaan kat sana cukai rendah, fasiliti lengkap untuk virtual office, kos labor rendah, lebih mudah daftar bisnes dari negara europe lain
|
|
|
|
|
|
|
|
Byk2 negara tu yg mana satu keluasan menyerupai perlis? Ke kecik lg dari perlis?{:question |
|
|
|
|
|
|
|
Tahukah anda negara Puerto Rico hanya 2 kali ganda saiz negara Singapura. Tetapi telah memenangi 5 Miss Universe, 2 Miss World, 2 Miss International, 1 Miss Earth, 4 Miss Intercontinental, 1 Miss Grand International.. Dan Puerto Rico adalah satu-satunya negara yang telah memenangi KESEMUA GRAND SLAM PAGEANT di dunia ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wow...entah bila boleh around the world.... |
|
|
|
|
|
|
|
Call me ignorant.. aku igtkn vatican city tu one of the city dlm rom..rupanya negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Tuvalu negara yang selalu dilanda banjir. |
|
|
|
|
|
|
|
hebatnya..halang husband sis ratu pegi sana ok
|
|
|
|
|
|
|
|
tikusmontok replied at 9-10-2020 04:26 PM
hebatnya..halang husband sis ratu pegi sana ok
Nak halang cemana.. heols dah pon kahwin dgn Miss Puerto Rico 1994.. haha.. bolehh |
|
|
|
|
|
|
|
maldives familiar sebab suka tgk keindahan pulau nya |
|
|
|
|
|
|
|
laaa singapore tak masuk dlm list mehhh |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun sama...tatau plak vatican tu negara |
|
|
|
|
|
|
|
Wow good info...hopefully one day dpt pergi at least satu drpd negara ni...#maldives |
|
|
|
|
|
|
| |
|