View: 103359|Reply: 146
|
[Tempatan]
Anak lelaki dilatih masuk dapur macam anak dara dolu2. Anda setuju?
[Copy link]
|
|
Anak lelaki masuk dapur
MyMetroWM
SEJAK kecil anak Norliza didedahkan dengan pengurusan di dapur. FOTO ihsan Dr Norliza Zakaria
Muhamaad Razis Ismail
[email protected]
AKTIVITI memasak sering dikaitkan dengan wanita. Kemahiran ini diajar sejak daripada kecil supaya mereka tidak kekok berada di dapur.
Kebiasaannya, kanak-kanak lelaki sering 'terlepas' untuk ke dapur apabila lebih diberikan kebebasan melakukan aktiviti lebih lasak seperti bermain, mengikut bapa ke kebun dan sebagainya.
Masih ada, dalam kalangan ibu bapa yang berpendapat kanak-kanak lelaki tidak perlu diberi pendedahan kemahiran memasak berbanding kanak-kanak perempuan.
Malah ada yang memberikan tanggapan negatif terhadap anak lelaki yang cenderung dengan aktiviti memasak boleh membentuk karakter lembut dan sebagainya.
Stereotaip bahawa hanya kanak-kanak perempuan yang sesuai ke dapur untuk belajar masak masih lagi wujud dalam masyarakat kita hari ini.
Pakar psikiatri, Dr Norzila Zakaria berkata, lazimnya dalam persekitarannya untuk mengajar anak lelaki memasak di dapur adalah perkara jarang berlaku.
MUHAMMAD Hafizuddin tidak kekok menyediakan makan malam. FOTO: Ihsan Dr Norzila Zakaria
"Saya dibesarkan ibu bapa yang wanita sentiasa berada di dapur dan lelaki akan menunggu hidangan.
"Bagaimanapun, saya berpandangan perkara ini perlu diubah.
"Oleh itu saya mengambil pendekatan berbeza terhadap dua anak lelaki Muhammad Hafizuddin Mohd Noor, 12 dan Muhammad Hishamuddin, 8 dengan memberi pendedahan awal terhadap kemahiran memasak," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Menurutnya, idea itu tercetus apabila beliau sering mendengar cerita mengenai kesukaran ibu bapa yang perlu meninggalkan anak mereka sendirian di rumah kerana berkursus atau berada di luar kawasan.
"Jadi, jalan penyelesaiannya saya nampak keperluan untuk beri pendedahan kemahiran memasak kepada semua anak termasuk lelaki sejak daripada kecil," katanya.
Tambahnya, sejak berusia tujuh tahun, anaknya sudah diberi pendedahan awal pengurusan di dapur.
SEMUA anaknya diajar masuk ke dapur sejak dari kecil. FOTO: Ihsan Dr Norzila Zakaria
"Kini semua anak termasuk dua lelaki tidak kekok berada di dapur dan pada usia muda mereka sudah mampu menyiang ikan, memotong sayur-sayuran serta memasak pelbagai hidangan sendiri.
"Malah mereka juga mampu menghasilkan kek yang saya sendiri pun tidak tahu membuatnya untuk pelbagai majlis di sekolah," katanya.
Dr Norzila berkata, sebagai ibu bapa, ilmu keibubapaan memainkan peranan penting untuk memastikan perkembangan positif anak.
"Ini adalah sebahagian proses pembelajaran untuk membentuk kemahiran baharu kepada mereka yang sangat berguna di masa hadapan," katanya.
Mengulas lanjut, ibu bapa perlu bijak mencari masa yang sesuai untuk mengajak anak ke dapur.
"Latih mereka sejak dari kecil. Ketika berada di dapur masukkan unsur-unsur pembelajaran seperti sains dan matematik supaya mereka tidak bosan.
"Kena tahu apa yang anak suka ketika memasak, supaya dia faham bagaimana proses memasak dan pada masa sama berbual mengenai apa yang anak minati supaya dapat tarik minat mereka berada di dapur," katanya.
ANAK Dr Norzila akan menyediakan sendiri hidangan yang digemari. FOTO: Ihsan Dr Norzila Zakaria
Katanya, apabila anak ingin lakukan sesuatu seperti memotong sayur-sayuran atau menyiang ikan, beri galakan supaya mereka rasa seronok berada di dapur.
"Sebagai contoh walaupun potongan sayur tidak cantik, beri penghargaan dan pujian untuk naikkan motivasi mereka, kemudian tunjuk jalan penyelesaian.
"Ini secara tidak langsung menimbulkan rasa seronok dan minat anak untuk kembali ke dapur selepas ini," katanya.
Tambahnya, bakat dan kemahiran adalah dua benda yang berbeza namun ibu bapa tidak boleh mengambil mudah.
"Jangan perlekehkan bakat dan kemahiran anak kerana kita sudah tetapkan sasaran tertentu untuk mereka.
"Jika anak suka memasak, terus berikan galakan kepada mereka, mana tahu mungkin suatu hari nanti, daripada minat ia boleh menjadi kerjaya di masa hadapan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 September 2020 @ 7:00 AM
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saya setuju!!
so far dua2 anak okay..boleh laa takat masak nasik goreng ,mee goreng...
cincai laa nak... sedap x sedap letak tepi .... |
|
|
|
|
|
|
|
nak bagi anak laki leh buat kerja..kena bapak tunjuk contoh..
|
|
|
|
|
|
|
|
anak i mmg rajin menolong kerja rumah pun.. cuma i tak kasi dia menggoreng deep frying... kalo dia nak makan nugget, etc, just pakai je lah air fryer... sama macam berkebun... bab2 siram pokok, cabut rumput, petik cili, potong pandan... semua tu dia boleh buat.... mana yang pakai benda besar2 tajam, husband i mmg tak kasi dia handle sharp and big tools, sbb tangan budak2 blom kuat.....
safety first... |
|
|
|
|
|
|
|
to me.. bukan berdasar jantina.. sesiapa jua setiap manusia harus ada kemahiran asas sama ada kemahiran memasak, elektrik, kereta, plumbing..
kemahiran asas as in boleh masak nasi, goreng telur ikan ayam, masak kicap, sayur campur. boleh kemas ngemop lantai.
boleh tukar mentol lampu, boleh tukar tong gas, boleh ganti paip elbow kalau tersumbat, boleh check tayar, check air kete.
kalau asas pun tak ada macam mana nak hidup.. yg dah tua ni pun kalau dulu masa muda tak belajar, amik la tau. takde la asik bergantung pada orang. tong gas pun nak suruh orang asing masuk rumah tolong pasangkan.
hal terpenting adalah awareness dan alertness. ramai yg malas amik tau dan peduli sebenarnya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju penerapan urus wang dan house chores dari kecil. Motor and cognitive skills
Macam kerjaya juga, bermula awal tu penting |
|
|
|
|
|
|
|
Kedua-duanya tak kira lelaki atau perempuan kena dibiasakan buat kerja2 rumah tak kira masak mengemas berkebun dari kecil supaya mereka tak kekok melakukannya bila dah dewasa kelas. Zaman sekarang ni bukan yang lelaki je tak tahu buat kerja2 macam tu yang perempuan pun tak kurang ramai je jenis tak tahu buat kerja rumah, mula kantoi bila dah berumahtangga. |
|
|
|
|
|
|
|
partly agree.. my dad dari dulu smpai skrg agak malas nak basuh pinggan lepas makan.. lepas makan basuh tangan blah.. biar je pinggan mangkuk dalam sinki atau atas meja.abang n adik laki i dulu menurun perangai sama.. tapi i rajin memaki dorang kau ingat ada org gaji kt rumah ke. yg sedihnya mak i akan backup dorang ckp biar je la kau taknak basuh nanti mak basuh <-- enabler.
alhamdulillah skrg semua dh kahwin takde buat perangai cmni dah. mungkin bini yg basuhkan who knows. lantak kau la.
sesiapa yg anak masih kecil tu biasakan clean after yourself.
|
|
|
|
|
|
|
|
ank dara ke ank jantan ke same je kena beljar keas umah
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul! Bapak borek, anak rintik. Kalau kat rumah mak & ayah jenis berkerjasama buat kerja rumah, anak anak pun akan ringan tulang tolong.
|
|
|
|
|
|
|
|
of course laaa....
"kau bukan anak raja kena tunggu org serve semua benda. pegi siapkan meja makan...!!" gituuuu aku petirkan anak jantan aku
alhamdulillah, nampak laa sikit2 kesannya. minggu lepas abah iolss citer, hujan lebat di petang hari dan abah & mak iolss terlelap. tapi syukur laa anak iolls dah sesiap angkat kain, alih beg2 & kasut sekolah yg dijemur, alih beg baja 25kg ke bawah teduhan.
syukurrrrrr dah boleh diharap & tak payah suruh
|
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu dari dok melangok depan tv pastu harapkan mak je dok kelentang kelentung kat dapur. ade setgh tu lepas mkn pun malas nak basuh pinggan. lagi satu bapak pun kene la tunjuk contoh sekali. jgn harapkan anak je ayahnye elok dok depan tv tggu makanan berhidang. bukan kat dapur je segala kerja rumah pun patut buat sama2. sidai baju, lipat baju, mop lantai semua la. sambil gelak2 pun blh buat tgk2 dah settle.
so terapkan kan la dari awal untuk anak2 kita dan utk suami plak lepas kawen je terus ajak join buat kerja rumah sekal. kalau yg jenis dpt suami dirajakan dari kecik tu lagi la perlu diajak selalu biar jadi habit. ada maid pun still buat juga sesama semua benda tu. |
|
|
|
|
|
|
|
anak laki kena diasuh jadi GENTLEMAN. jadi laki yg bertanggungjawab. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju! Bukan setakat ajar masak tapi jugak ajar kemas rumah sapu lantai basuh baju kemas bilik sidai baju lipat baju.. kahkahhh ni dh kawen apo basuh pinggan sendiri je.. nokharommmmmm ajaran makpak lettew... |
|
|
|
|
|
|
|
dlu aku heran knp orang tua2 latih anak pompuan cukup2. kiranya level mak2 kita ni taw serba serbi. rupanya utk kesenangan masa depan bila dok ngn mak mertua. bleh duduk lama. pompuan zaman skang ni x brani dok umah mertua lama2. abis kuat 2 ari ja. nk duduk lama2 masak pun x reti. apatah lgik nk siang ikan... |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai juga mak mak yang jenis tak bagi ayah ayah/anak anak buat kerja.
Lepas makan, bangun. Pinggan pun orang angkat.
Bila anak anak dah besar - nak menyesal pun tak guna dah.
|
|
|
|
|
|
|
|
didikan family tu satu, kesedaran pd budak lelaki tu pun satu
mcm family abah aku la, abah aku and abang die anak lelaki sulung, abah aku anak lelaki no 2. family abah aku mmg jenis family tradisional yg agungkan anak lelaki. tp yg aku perati la, abah aku and abang die walaupun asalnye mmg tak diajar langsung buat keje rumah ni, tapi diorg ada kesedaran dan belajar sendiri.
pakcik aku tu hebat lg la sbb boleh masak simple2, abah aku kurang skit bab tu, tapi bab kebersihan abah aku mmg bagus la. abah aku jenis tak kekok kalau nak basuh baju sendiri ke, cuci rumah ke. even after mak aku meninggal abah aku tak gigih nak kawen lg, boleh survive.
lg satu aku peratikan la, cth abah and pakcik aku tu, lelaki yg jenis reti wat keje rumah ni bonding diorg kuat ngan anak2. banding ngan pakcik aku lg sorg tu yg mmg tak reti buat ape, lepas bini meninggal je anak2 suma jadi jauh ngan die smpi tahap gaduh2 tak bertegur. maybe bila bapak rajin buat keje rumah, diorg rajin duduk rumah and rajin berinteraksi ngan anak2 kot |
|
|
|
|
|
|
|
bukan setakat masak tak reti. nak buka dapur pun tak tahu. kupas bawang pun mulut lagi laju dari tangan
|
|
|
|
|
|
|
|
daku mohon cuols ajar anak2 lelaki d dapor dan juga kemaih dapor.. dua ni penting.. sgt2 penting tang ngemaih lepas masak d dapor.. daku kadang kalau sakit tu.. tak larat masak... esok pagi bangkit tgk dapor.. ya allah.. berlengaih.. daku tak faham mcmne definasi lelaki punya ngemaih.. lap2 gutu ja ka..
i cannotttt brain.. |
|
|
|
|
|
|
|
anak iouls semua girls..mmg ajar dari kecik memasak kemas rumah n segala bagai...
takde rezeki anak lelaki....kalau ada benda yg sama dgn anak girls akan iouls buat...
no more anak lelaki tunggu depan meja makan semua benda nak terhidang....
anak saudara lelaki iouls abis kena kerah buat kerja rumah klu semua balik kg....
jgn hanya nak meriba telur...gitu iouls ckpkan....terus semua bngun buat kerja....risau kena ayat lagi seram gamaknya..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|