Dengar khabar, seorang pelakon sudah mula naik kepala sejak namanya disebut-sebut selepas muncul debut dalam sebuah ‘naskhah’.
Memetik Murai, mereka akui pelakon wanita berkenaan seorang yang mudah mesra, namun ada sikap di sebaliknya membuat dirinya tidak disenangi beberapa pihak. Katanya, dia mula mengungkit soalan sesi temu bual yang tidak dimasukkan.
"Walhal, soalan tersebut merupakan soal kerjayanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ianya ditanya sekadar mengisi baki masa yang ada."
Gambar hiasan
Malah, portal itu mendakwa pelakon berkenaan seorang yang demanding apabila dia meminta disertakan bersama supaya temu bual tersebut kelihatan eksklusif.
Lebih 'mendiva', dia bertegas portal yang menemu bualnya telah menjanjikan sesuatu biarpun hanya pada fikirannya semata-mata.
Siapa pelakon diva dan demanding ni? - CARI |