CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21635|Reply: 262

Siti Zailah Dikritik Lagi, Selendang Louis Vuitton Pula Jadi Sasaran

[Copy link]
Post time 7-8-2020 10:50 AM | Show all posts |Read mode





Susulan kontroversi menyiarkan gambar anak mangsa pembunuhan di laman Instagramnya, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff sekali lagi dikritik.


Kali ini kerana didakwa menunjuk-nunjuk dengan pemakaian selendang berjenama mewah ketika diwawancara dalam satu program televisyen.


Hal ini membangkitkan kemarahan golongan marhein yang masih tidak berpuas hati dengan isu tersebut. Sementelah lagi apabila mendapat tahu ahli parlimen yang bersidang dijamu dengan udang galah berharga RM2,000 menyimbah lagi minyak ke atas api yang sedang membara. Dalam masa sama, ramai lagi yang dibelenggu kemiskinan hanya mampu menjadi pemerhati.





Kredit foto : Twitter




Rata-rata warganet berpendapat bahawa ahli politik di Malaysia memang suka menunjuk-nunjuk kemewahan mereka sama ada secara sengaja atau pun tidak.



Bukan sekadar selendang berjenama, kereta Mercedes, jam tangan Richard Mille, baju berjenama hatta hiasan rumah sekalipun mendatangkan tanda tanya dalam kalangan warga negara.





Kredit foto : Twitter




Menu udang galah RM2,000 sekilogram untuk ahli parlimen - Mstar




Bagaimanapun, agak melucukan apabila ramai pula yang cuba meneka selendang tersebut dibeli di mana sehingga ada yang menyatakan ianya adalah produk tiruan kerana jenama tersebut tidak mengeluarkan produk seperti itu.







Kredit foto : Twitter




Menerusi pemerhatian penulis, ada sehelai selendang berharga RM2,550 menyamai yang dipakai oleh Siti Zailah, cuma ada perbezaan warna sahaja, tetapi ia mungkin disebabkan pencahayaan dan sebagainya.





Kredit foto : Laman web LV



Begitulah, para menteri dan wakil rakyat bekerja untuk rakyat. Jadi, sebaik-baiknya fokus kepada membantu rakyat dan bukannya menyakitkan hati rakyat. - CARI





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2020 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa laaa prep attire heshe for this production..
punah!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 10:56 AM | Show all posts
Pakar aurat bodoh pon ada nafsu lah.........

Lagi pon Din Pagoh dah lantik jadi dia Timbalan Menteri. Suka hati dia lah.....

Tapi jangan risau kalau pilih kicap atau budu, pakar aurat ni akan "Buy Muslim First!" Prrrrrrrrrrrrrpfffftght

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Takut org ingat dia makcik cleaner ke tu yg sampai menunjuk2 selendang LV.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 11:05 AM | Show all posts
Kalau selendang ori, dia mmg bodoh la
Di masa2 rakyat biasa nak makan sesuap nasi pun belum tentu dapat ni
Kalau selendang tu bukan ori, pun dia tetap bodoh
Sebab penguatkuasa bukan main nak membasmi barangan tiruan
Tapi puak2 menteri sendiri yang promote barang tiruan
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 11:06 AM | Show all posts
patut la..lobai mana leh pakai barang mahal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2020 11:08 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 7-8-2020 11:19 AM

Only in Msia..di zaman covid rakyat merana.sebaliknya menteri2 jadi kaya raya..makan sedap2.pakaian mahal2
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 11:08 AM | Show all posts
Apasal orang nak question apa orang nak pakai yer?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2020 11:09 AM | Show all posts
walopon muka kepam buruk sial, tetap ada nafsu gak nak melaramn dengan jenama mewah, bukan retis saja ..macam set2 lobai kepala atas berbalut kemas, kepala bawah tak bleh kontrol
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 11:12 AM | Show all posts
huhu tajamnye la mata netizen kan...

kalau aku.. aku bolayan sume... cuma pikir itu hanyalah salah satu aksesori harian wanita

or may be ia diberikan oleh pihak produksi utk cover wire microphone dia ke... kalo saje2 idok le iols terpikir...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 11:16 AM | Show all posts
jangan cemburu dengan apa yang orang lain ada boleh tak? belum terbukti Zailah tu guna duit rakyat beli apa yang dia pakai..yang marhaen nak mempersoalkan tu kenapa.?

sis kadang tak paham la dengan netz ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni pakai apa pun salah ya??
Semua benda nak kritik
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni parlimen rantau panjang kan sempadan siam. Banyak jer barang lv kat sana. Kedah betong bukit kayu hitam. perlih pdg besar. Btw kalau pun ori dia beli dgn duit rasuah atau 1mdb?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 7-8-2020 11:09 AM
walopon muka kepam buruk sial, tetap ada nafsu gak nak melaramn dengan jenama mewah, bukan retis saj ...

Kau pertikai ciptaan tuhan ke apa ni? Ke kau tak percaya tuhan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu latest ke? Kita tak follow fashion niee..hadiah dari sesorang mungkin.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku percaya je dia main belasah je pakai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2020 11:24 AM | Show all posts
apa masalahnya dia pakai selendang harga beribu pun..
gaji dia dah berapa kot..
acik gomen gred 19 pun ramai je berbarang branded..
inikan pulak timbalan menteri..
lebih dari mampu kalau nak beli selai dua selendang LV..
apa la masalah puak-puak twidder tu..
hitam legam pekat likat sangat hati masing-masing..
sakit hati la tu nak menunjuk kaya tapi duit tak berapa ado..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 11:25 AM | Show all posts
pastu korang sebenarnya nak ape... dah die mampu ikut dia lah nak pakai apa pun...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
obefiend ni mmg borobudur eh
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak tanya satu.. Masa anak Guan Eng sial dan anak mukhriz menayang barang mewah.. Netizen tak pulak mengata.. Ohh.. Lupa netizen yg kononnya terpelajar mana boleh mengata sesama geng.

Bias to maz korang ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.326431 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list