CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5641|Reply: 40

26 Tahun Kurung Anak Sebab Takut 'Bahaya Dunia Luar'

[Copy link]
Post time 25-6-2020 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Wanita warga emas mengurung anak perempuannya selama 26 tahun kerana mahu 'melindunginya dari bahaya dunia luar'.


The Sun melaporkan, Nadezhda Bushueva kini berusia 42 tahun dikurung dalam sebuah bangsal buruk dan berkongsi makanan dan tempat tidur dengan kucing.






Nadezhda Bushueva



Difahamkan, mereka berdua tinggal di dalam bangsal berkenaan tanpa kemudahan elektrik, mahupun sumber air.


Menurut laporan, hanya selepas ibunya dimasukkan ke hospital, barulah Nadezhda meninggalkan rumahnya di Arefinsky, Rusia.


Tatyana mula mengurung Nadezhda sejak mangsa tamat persekolahan ketika berusia 16 tahun dan tidak membenarkannya menyambung pengajian atau mencari kerja.


Terlalu lama terkurung membuat mangsa terbiasa dengan situasinya hingga langsung tidak mencuba untuk melarikan diri.





Tatyana



Mereka juga hidup terasing dari penduduk setempat terutama selepas Tatyana bersara dan menolak semua bantuan kerajaan.


Situasi kehidupan mereka terbongkar selepas Nadezhda ke pejabat Datuk Bandar Vasily Tovarnov kerana ibunya jatuh sakit.


Dia mendedahkan bahawa mereka tinggal di dalam rumah yang dipenuhi tikus dan kucing, malah tidak membuang bangkainya jika haiwan berkenaan mati di dalam kediaman mereka.


Nadezhda juga mangakui tidak pernah mandi sejak 2006.




Kredit foto: The Sun/Central European News



"Hidup saya lebih buruk berbanding kucing. Saya seolah-olah tidak wujud bagaikan mayat hidup," katanya. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2020 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah.. sedihnya kehidupan beliau {:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
i cant imagine keadaan dia tiap kali datang bulan. dia tak mandi since 2006 kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak dia yg mental, anak jadi mangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah tahun 2020 masih ada lagi penjaga yang berfikiran kolot
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian.. mengingatkan iols kpd anak gajah di sarkas. Masa anak gajah masih baby, kaki diikat kepada bebola besi. Tak mampu melarikan diri. Bila besar, walopon mampu menggerakkan kaki dan melarikan diri, namun kepala telah disogokkan dgn prasaan tidak boleh nak larikan diri.
Nasib kakak ni sudah berubah tapi bagaimana dia nak tampung diri dia slps ini?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2020 06:24 PM | Show all posts
rambut dia..burung pun boleh buat sarang dalam tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 06:24 PM | Show all posts
kesiannya... fikir balik kalau dia lari pun macam mana dia nak hidup di luar sana, makan minum macam mana kan? mesti sebabtu yang dia tak lari sampai la mak dia masuk hospital.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2020 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
mcmn dia boleh rasa xnak memberontak dari kurungan sedangkan dia dikurung bermula pada usia remaja. ada kudrat dan mampu berfikir pulak tu{:freak
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcmana dorang mkn?....
Bangkai kucing tu dah tak de bau dah pd dorang....

Siannya....sia sia kan hidup yg singkat ni....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannyaaa.... xtau nk ckap anak dia baik atau naif atau lurus tapi iols harap anak dia hidup bahagia lepas ni {:childlike
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sebelum buka thread ni.. otak aku terpikir.. russia kah? betul rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 07:18 PM | Show all posts
sedih dan kesian pl,nak ubah semua amik masa dia kene biasakan pl..mandi pun tak bertahun2..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya tohannn dah matted mcm bulu kucen parsi yg neglected sbb lama xgrooming roper rambut
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoiiiiiiiiii kenapakah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2020 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 25-6-2020 06:44 PM
Mcmana dorang mkn?....
Bangkai kucing tu dah tak de bau dah pd dorang....


Dah tak mandi dari 2006, mana la tak kebal bau bangkai kucing ngan tikus.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Taatnya dgn mak. Dikurung sampai tua. Kesian
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 25-6-2020 07:07 PM
sebelum buka thread ni.. otak aku terpikir.. russia kah? betul rupanya...

Dah takdir Rusia ngan China ngan India ummahnya ganjil2 belaka. Syukur Indon tak dok sebelah menyebelah ngan meka. Jika tidak memang ai nak salahkan faktor geografi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm movie barefoot...xfamous mana movie tu..tp psl llaki ni jmpa ppuan tu kat luar hopsital la..
Dlm umur 20..tp prngai mcm naif2  ikut llaki ni..nmpk mcm bdk2 prngak....
Then hjg2 baru tahu mak heroin tu ada mslh mental.. kurung ank dlm rumah mcm ni la..
Tp xla smpai xmandi..heroin tu pun bersih kemas..cuma xprnh bgaul dgn org lain..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.081750 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list