Jika pernah ke negara timur tengah, anda pasti pernah melihat hidangan berasaskan haiwan dhab iaitu sejenis biawak yang hidup di padang pasir dan merupakan sebahagian daripada keluarga cicak.
Gambar hiasan
Kredit foto: Google Image
Kredit foto: FB
Rupanya yang seakan-akan biawak itu merupakan reptilia berdarah sejuk, membiak secara bertelur dan mempunyai sisik tebal.
Semalam, seorang lelaki dengan nama
Azr Garden tampil di Facebook bagi mempromosikan jualan hidangan berasaskan dhab. Dia juga dilaporkan menjual daging haiwan berkenaan.
Kredit foto: FB
Namun, yang menjadi bualan hangat di kalangan netizen adalah mengenai hukum memakan haiwan tersebut. Adakah ianya haram ataupun halal untuk dijamah masyarakat terutama bagi mereka yang beragama islam.
Kredit foto: FB
Posting lelaki berkenaan juga telah mendakwa bahawa daging dhab amat lazat dan boleh dijadikan menu berbuka. Netizen telah meninggalkan reaksi berbeza dan rata-rata meluahkan perasaan ragu-ragu mengenai posting tersebut. Ada juga yang meninggalkan pelbagai komen negatif mengenainya.
Namun, jika dilihat dari sudut pandangan agama menerusi laman web
Mufti Wilayah Persekutuan, dhab merupakan haiwan yang halal dimakan kerana haiwan ini tidak memakan bangkai dan bukanlah haiwan dua alam.
Sumber: Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan
Hal ini dipersetujui berdasarkan dalil yang digunakan oleh sebuah hadis sahih yang diriwayatkan Imam Muslim. -
CARI