Baru-baru ini, pelakon seksi dan jelita Datin Sri Maria Farida memuat naik sebuah foto di laman Instagram kepunyaannya, berkongsi mengenai pengalaman dan situasi di rumah sepanjang menjalani fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dia memberitahu bahawa suaminya, Datuk Rahman berasa seronok menjalani kuarantin di rumah sepanjang PKP yang dilaksanakan di seluruh negara bermula 18 Mac lalu.
Kredit foto: MyNewsHub
Menurutnya, suami kesayangannya itu memaklumkan bahawa PKP telah menjimatkan wang perbelanjaan secara tidak langsung sepanjang ia dikuatkuasakan.
Malah, lebih menarik perhatian apabila pelakon yang kini berusia 50 tahun itu sempat bergurau manja bersama suami tercinta menerusi kapsyen entri 'post' berkenaan.
Kebahagiaan yang dikongsi bersama peminat itu turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata mendoakan kebahagiaan mereka.
Untuk rekod, Datin Sri Maria Farida mendirikan rumah tangga bersama Datuk Rahman pada November 2015. - CARI
|