CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3905|Reply: 35

[Tempatan] Bilal dibakar bulan lepas telah meninggal dunia

[Copy link]
Post time 17-3-2020 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 17-3-2020 09:24 AM

Bilal disimbah petrol, dibakar meninggal dunia

Zuliaty Zulkiffli
[email protected]

BILAL Masjid Al Hasanah, Taman Rakyat, Mergong yang disimbah petrol sebelum dibakar, bulan lalu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (Kebakaran), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, hari ini.

Allahyarham Amri Budin, 66, yang dilaporkan tenat pada 11 pagi menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 petang selepas 22 hari menerima rawatan.

Anak sulung Allahyarham, Shahrizal Amri, 40, berkata arwah bapanya koma selepas menjalani pembedahan mengambil isi paha bagi menggantikan bahagian kulit melecur di bahagian kiri badannya.

Katanya, doktor memaklumkan keadaan bapanya makin tenat dan meminta anak-anaknya berkumpul buat kali terakhir.

“Kami reda dengan pemergiannya walaupun doktor meminta kebenaran keluarga untuk melakukan pembedahan bagi membuang cecair dalam peparu, tetapi kami tak benarkan.

“Biarlah ayah pergi dengan tenang,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSB, hari ini.
Shahrizal berkata, mereka sekeluarga menyerahkan siasatan kes berkenaan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, walaupun marah dengan tindakan suspek terbabit, namun semua yang berlaku adalah kehendak Ilahi.

“Jenazah ayah akan dibawa pulang ke rumah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Terus, Alor Setar, malam ini,” katanya.

Dalam kejadian pada 19 Februari lalu, Amri disimbah petrol sebelum dibakar oleh suspek di hadapan Masjid Al Hasanah pada 5.50 pagi ketika mahu menunaikan solat Subuh.

Polis kemudian menahan suspek kira-kira enam jam selepas kejadian berhampiran lokasi kejadian.
Manakala mangsa yang melecur 25 peratus dirawat di HSB.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2020 09:47 AM | Show all posts
Innalillah...sakitnya pak bilal
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 11:06 AM | Show all posts

Aii tgk video mangsa 9/11 yang badan terbakar - seharian pesakit direndam dlm kolam sepecial/terapung apung utk redakan kesakitan kulit yang melecur.  Semoga arwh pak bilal ditempatkan ditempat orang orang yang dikasihi Allah SWT.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 11:08 AM | Show all posts
so yg membakar tu..
skrg dh jd kes bunuh ye.. mampus laa hang...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Melecur sikit pun pedih apa lagi 25%. Semoga arwah mendapat kesejahteraan di sana, selain sebagai bilal meninggal sebab dianiaya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnaillaihiroji'un.. Salam takziah buat keluarga arwah.. Semoga Allah Ta'ala mengampuni segala dosa2 arwah dan menempatkan arwah d kalangan hamba2Nya yg briman.. Kpd si pelaku, semoga dkenakan tindakan yg sewajarnya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2020 11:59 AM | Show all posts
innalillah...
.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 12:23 PM | Show all posts
sedihnya..
innalillahi wainna ilaihi rojiun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2020 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk gambar lepas terbakar aritu arwah masih blh berdiri, nampak kuat menanggung sakit. Maybe sbb umur dah berusia, side effects of surgery. Sedihnya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa org Kedah?
Ingat dak peristiwa kebakaran pondok Pak Ya?
Betulka ada seorang survivor yg masih hidup sampai hari ni? Burn dia 70% tp masih hidup.

Macam mana dia sekarang ya? Umur pasti mid or late 30s. 2 tahun pertama dia dok dlm kelambu ja sbb panas masih rasa.

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiddin: Sapa org Kedah?Ingat dak peristiwa kebakaran pondok Pak Ya?Betulka ada seorang survivor yg masih hidup sampai hari ni? Burn dia 70% tp masih hidup.Mac ...

dekat sekolah an nadzah ka?xtaw la survivor tu ada ka dak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 01:23 PM | Show all posts
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun... semoga di tempat kan di kalangan penghuni syurga...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillah ....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiddin replied at 17-3-2020 12:36 PM
Sapa org Kedah?
Ingat dak peristiwa kebakaran pondok Pak Ya?
Betulka ada seorang survivor yg masih ...

Ada tgk cerita pondok pak ya ni kat astro dulu..masa ending tu dia tnjuk, ada sorang selamat, tp hitam legam rentung sbb 70% terbakar..antara ramai2 watak dlm citer tu, tp xtau sapa yg selamat tu..masa ending citer tu tnjuk dia terbaring duk dlm kelambu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 01:52 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun..semoga dosa2 arwah diampunkan dan semoga arwah ditempatkan dikalangan hambaNya yang soleh. biarlah dia pergi dr menanggung seksa

btw..lupa sebab apa arwah disimbah petrol....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2020 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kulit sgtlah penting... Kalau takde kulit kejap je kena jangkitan kuman
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Daftpunk_shine replied at 17-3-2020 01:48 PM
Ada tgk cerita pondok pak ya ni kat astro dulu..masa ending tu dia tnjuk, ada sorang selamat, tp h ...

Rasanya masih hidup smpi sekarang. Cuma tertanya2 mcm mana hidup dia.....terbaring saja Ka? Boleh urus diri sendiri tu kira ok sgt la. By now, parents dia maybe dah tiada atau sgt uzur. Harap hidup dia terjaga.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 02:22 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 02:25 PM | Show all posts
Semoga pelaku dikenakan hukuman yang berat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.069704 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list