Kredit foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
Lama dah tak tengok lakonan pelakon cantik Puteri Sarah Liyana. Kali terakhir beliau berlakon filem adalah tujuh tahun lepas.
Selepas berkahwin dengan Syamsul Yusof, beliau memilih untuk slow down dan menguruskan rumah tangganya.
Terkini, memetik laporan Media Hiburan, Puteri Sarah dalam majlis pelancaran produk serum wajah pertamanya iaitu II'Dolce Face Serum memaklumkan telah kembali berlakon.
Namun, suaminya akan memberi keizinan andai menepati syarat yang telah ditetapkan.
"Dia beri izin, tetapi hanya boleh berlakon telemovie sahaja berbanding drama berepisod kerana kekakangan jadual dan masa.
Jaga batas terutamanya dengan lelaki. Bersentuhan tak bolehlah. Pada masa sama, saya juga akan maklumkan mengenai tawaran terlebih dahulu kepadanya dan ada ketika Syamsul akan teliti skripnya juga.
"Malah, saya akan terangkan sinopsis drama yang akan dilakonkan. Selain itu, soal pakaian pun kena jaga dan ada pembantu yang teman saya di lokasi," akuinya lagi.
Baguslah. Sebagai isteri, reda suami tu penting. Selamat maju jaya Puteri Sarah! - CARI
|