View: 17471|Reply: 60
|
Bilangan Single Mother yang semakin meningkat di Malaysia, salah siapa?
[Copy link]
|
|
Edited by ifanonline at 14-2-2020 04:05 PM
Statistik single mother di malaysia semakin hari semakin meningkat...dimanakah salah silapnya? wanita? lelaki?
mungkin salah satu jln penyelesaian adalah lelaki2 malaysia mengambil mereka sebagai isteri2...
sila bincangkan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
83,777 Ibu Tunggal Berdaftar Sehingga Kini - AzizahKhamis, 11 Februari 2016 3:00 PM[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun (depan, tengah) bersama ibu tunggal dari Kedah, Pulau Pinang dan Perlis selepas merasmikan Program Roadshow Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal di Zon Utara di Auditorium Aras 1, Wisma Persekutuan Alor Setar, Khamis.
ALOR SETAR: Seramai 83,775 ibu tunggal telah mendaftar dengan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) sehingga kini, namun angka itu masih rendah jika dibandingkan dengan jumlah ibu tunggal di seluruh negara.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata statistik Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 mendapati bilangan penduduk wanita di Malaysia adalah seramai 13.9 juta dengan 235,240 daripadanya ibu tunggal.
"Daripada 235,240 orang, hanya 83,775 ibu tunggal berdaftar dengan JPW, namun ramai tidak berdaftar dengan JPW kerana tidak tahu fungsinya, tidak mendapat pendedahan daripada persatuan ibu tunggal dan sibuk kerana perlu menyara diri dan keluarga.
"Jadi, kita mengambil pendekatan dengan turun padang berjumpa dengan ibu tunggal di kawasan terpencil selain mengadakan program pendedahan supaya tiada ibu tunggal yang ketinggalan. Apa yang kita sediakan bukan hanya dari segi kewangan, namun lebih bersifat ilmu yang membolehkan mereka berdikari," katanya kepada pemberita Khamis.
Terdahulu, Azizah merasmikan program Jelajah Pelan Pemerkasaan Ibu Tunggal Zon Utara yang bertujuan memberi perhatian dan sokongan dalam pelbagai bentuk termasuk ekonomi, sosial dan psikologi kepada golongan ibu tunggal.
Beliau berkata pelan tindakan itu merangkumi 19 langkah strategik yang berasaskan tiga teras utama iaitu memperkasa ekonomi ibu tunggal, meningkatkan kesejahteraan sosial ibu tunggal dan meningkatkan perlaksanaan penyelidikan dan penyelarasan pembangunan ibu tunggal.
Pelan tindakan itu dapat memberi maklumat kepada pihak kementerian tentang apa yang diperlukan golongan itu bagi memudahkan kita mengatur pelbagai program yang boleh memanfaatkan mereka," katanya.
Azizah berkata Kabinet juga bersetuju untuk memperluas definisi ibu tunggal dengan turut melibatkan wanita yang menjadi ketua isi rumah dalam perkahwinan, balu atau bercerai dan mempunyai anak yang belum berkahwin; wanita yang mempunyai suami yang tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja dan wanita yang tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak.
Ibu tunggal yang mahu mendaftarkan diri dengan JPW boleh berbuat demikian di www.mywanita.gov.my.-- Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Terengganu ada lebih 32,000 ibu tunggal termasuk di bawah 20 tahunMALAYSIA DATELINEJuly 5, 2018 9:20 am0
Kemaman catat daerah paling ramai ibu tunggal di Terengganu – Gambar hiasan Jumlah ibu tunggal di Terengganu kini mencecah 32,411 orang termasuk 28 daripadanya berumur bawah 20 tahun dan 2,010 orang pula berusia dalam lingkungan 21 hingga 30 tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat mendedahkan angka itu ketika menjawab soalan tambahan Alias Harun (Pas-Rantau Abang) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-14 semalam.
“Seramai 4,783 orang ibu tunggal pula berusia 31 hingga 40 tahun, 6,506 orang (41 hingga 50 tahun), 9,556 orang (51 hingga 60 tahun) dan 9,528 orang (61 tahun ke atas).
“Daerah Kemaman merekodkan bilangan tertinggi ibu tunggal dengan 5,279 orang diikuti Besut (4,768), Marang (4,305), Dungun (4,182), Kuala Terengganu (3,925), Kuala Nerus (3,658), Setiu (3,307) dan Hulu Terengganu (2,987),” katanya.
Bagaimanapun, Hanafiah tidak menjelaskan status wanita terbabit sama ada bercerai hidup atau mati.
Beliau berkata, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) menggerakkan program Pinjaman Jaya Diri (PJD) dalam usaha membantu ibu tunggal membina kehidupan semula melalui perniagaan.
Katanya, peruntukan sebanyak RM474,000 telah dikeluarkan kepada 52 orang daripada mereka untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan terutama kecantikan, pakaian dan perusahaan makanan sehingga Jun lalu.
Sementara itu beliau memberitahu, Kompleks Ibu Tunggal di Cendering, Kuala Terengganu yang dibangunkan dengan kos RM4. 4 juta bertujuan memperkasakan lagi golongan itu menerusi empat fokus iaitu bimbingan ekonomi dan kemahiran, perundangan, kekeluargaan di samping kesihatan dan kemasyarakatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
salah lelaki!
berani mai la salah kan wanita.. mai mai huh |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin wanita tersebut tak pandai jaga rumahtangga? sehingga di tinggalkan suami?
|
|
|
|
|
|
|
|
both salah sbb pilihan diri sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikut statistik, wanita lebih ramai curang berbanding lelaki... |
|
|
|
|
|
|
|
suami x pandai kemudi rumah tangga, ketua jenis apa x reti jaga hati bini...
nk yg cantik segak, tp diri sendiri busuk x mandi, gigi x gosok, buagn tuala merata2, x campur lg yg suka x flush lepas berak..
sedangkan wanita fuh ini cantik lawa wangi, pandai memasak, pandai bela anak, ape lagi... yg lelaki boleh buat, takat cret buat anak ja sumbangannya...
|
|
|
|
|
|
|
|
kawan iols, lepas kawen baru tahu husband dia baran Ya Rabbi.Time bercinta pijat semut pon tak mati |
|
|
|
|
|
|
|
mana x curang, lelaki x perfom, servis down... haruslah
eh bistu yg statistik kawein kt siam tu lagumana
|
|
|
|
|
|
|
|
eh mmg la cmtu, sebelu kawen x sapkok, leaps kawen sapkok x benti2....
|
|
|
|
|
|
|
|
isteri pula suka membebel 24 jam, tidak menghormati suami, keluar tanpa izin suami, ibu tak pandai jaga anak, tak pandai memasak, bau badan, gemok cam tong drum, asyik main facebook instagram twitter sampai baju kain tak berbasuh, berat tulang... |
|
|
|
|
|
|
|
Salah lelaki mcm abu |
|
|
|
|
|
|
|
acena x bebel beletiaq kalu dh suami x reti paham2, baju letak dlm mesin basuh, bukn sepuk merata, kencing cerok, hari2 mau nya x sakit hati bini tuh,
duit nk kena minta, klu bagi sebelum nya kan bagos, x yah dok ulang2 skrip yg sama
nk suh hormat somi, somi hormat binik dulu?
keluar tanpa izin? eh bistu nk p kedai aceh beli sabun pun nk minta izin berapa kali sebulan bang
eh x pandai masak? elok je anak2 tu sihat walafiat, x da kebulur pun kan
bau badan tu sbb sibuk memasak penuh meja la nk bg laki mkn, laki buat apa? goyang telur
gemok cam tong drum ada laki nk tlg baby sitkan anak nk p joging/ kuaq p gym "nk kena minta izin somi dulu" bruhh
asyik main facebook instagram twitter sampai baju kain tak berbasuh? abis tu baju yg pakai tu, dia basuh sidai sndiri ke? takat main sekejap tgk berita pun kecoh?
berat tulang? abis sapa yg basuhkan jamban, sapu sampah, basuh pinggan, buagn puntung rokok mu, basuh pungkok anak berak?
so kesimpulannya, semua salah lelaki
org puan baik blake
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tapi knp laki tinggalkan isteri juga? isteri masih belum mencapai KPI suami mithali?
|
|
|
|
|
|
|
|
Selain virus corona covid yang menjadi perhatian dunia....yang turut jadi perhatian ialah virus ibu tunggal @ janda. betapa besar nya pengaruh status ppuan gini dalam kehidupan seharian..dimana2. tengoklah sejak dua tiga menjak ni..asik isu yang sama..cerai..janda..laki tak guna.
janda dikejar laki muda
suami berpoligami dengan janda
nak rebah dalam pelukan janda
janda kaya..cantik..menarik..
yang baru diuji skit rumahtangganya pon berhasrat jadi janda. malah tak sedia..tak ready pon nak gak amik part jadi janda..
dan tak lupa paling terpengaruh juga adalah TT...Dah tak selera ngan andartu lagi ker??
Dari sibuk dok kupas tentang golongan status gini..baik lah kita cari petua2..sharing camne nak eratkan kasih sayang sesama keluarga. berlapang dada lah dengan takdir masing2.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 14-2-2020 04:53 PM
tapi knp laki tinggalkan isteri juga? isteri masih belum mencapai KPI suami mithali?
Sbb somi kenot handle strong women aaa gitu |
|
|
|
|
|
|
| |
|