View: 16633|Reply: 118
|
Amyza Aznan gelar Aliff Syukri belut letrik
[Copy link]
|
|
Edited by Boomibulat at 12-2-2020 09:02 AM
"Nak Nyanyi Juga Belut Letrik Ni.." - Amyza Aznan Kritik Aliff Syukri Tak Habis-Habis Ceroboh Industri, Suruh Jadi Penerbit Je
Pelakon Amyza Aznan mengkritik tindakan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang disifatkan sebagai seorang yang suka 'menceroboh' industri seni tempatan.
Amyza, 44, berkata, industri seni bukanlah tempat yang selayaknya untuk usahawan tersebut kerana merasakan dirinya sebagai insan yang terbukti tidak mempunyai bakat dalam dunia nyanyian mahupun lakonan.
"Dalam bidang bisnes saya tabik pada dia, dia kental dia gigih, dia jual keliling dia sebagai kandungan YouTube dan bisnes dan dia berjaya. Tapi, dia tidak berjaya dalam industri kami sebab dia tak berbakat.
"Bakat bukan dibuat-buat. Seni ini terlalu halus dan tidak semua orang dikurniakan bakat. Sama macam saya dan netizen di luar sana, kami tak ada kemahiran dalam bisnes," katanya.
Perkara itu diluahkan Amyza sebagai respons kepada satu posting di Instagram Aliff yang mempertikaikan mengapa lagunya tidak layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL).
"Lagi sekali anda cuba nak ceroboh industri kami nampaknya. Ya Datuk Seri, saya setuju dengan anda kali ini. Sangat setuju, bila anda cakap sepatutnya lagu anda dan anda diangkat.
"Memang patut diangkat tinggi-tinggi dan kemudian hempaskan anda kuat-kuat atas jalan raya supaya anda terjaga dan sedar diri. Saya tak marah anda nak menyanyi sebab minat, tapi tak perlu sampai usik AJL," luahnya.
Bukan itu sahaja, Amyza turut menasihatkan agar Aliff terus kekal berada dalam dunia perniagaan sahaja.
"Industri ini bukan tempat dia. Dia jadi penerbit drama dan syarikat rakaman pun dah sangat bagus dah. Nak nyanyi gak belut letrik ni," luahnya.
Perkongsian pandangan Amyza itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan netizen.
Rata-rata bersetuju dengan apa yang diperkatakan pelakon drama Isteriku Mem Besar itu.
"Terbaik kak! Jujur dan berani.. tak ada ampu-ampu. Kau ingat kau datuk kaya raya, ada kak hairan.
"Memang betul pun suara dia tak sedap langsung, tolong sedar diri berjaya dalam bisnes je tak semestinya dalam dunia seni," tulis sebahagian netizen.
Terdahulu, Aliff memuat naik sepotong video yang mempertikaikan mengapa lagunya tidak layak bertanding di pentas berprestij biarpun mempunyai jumlah tontonan berjuta di YouTube.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fadz84 at 11-2-2020 06:32 PM
Bravo kak amyza.. |
|
|
|
|
|
|
|
tepat & padu, terima kasih amyza
semoga tak ada la pihak yg tersentap pegi melobi kat production utk sekat job amyza ye... orang banyak duit, banyak contact & berhati tisu ni kita takleh jangka reaksi mereka... harapnya tidak la jadi macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Paduuu kak kia
Kurangkan kontroversi..berdiri di atas bakat sndri |
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 amyza akan u-turn tak kalo dato alip offer jadi duta ke, panggil jadi cameo dlm clip vedio ke .. sedangkan Diva AA pun boleh tersungkur di bibir Bibah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Satgi toklip mesti buat video ‘apa salah saya’... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah tgk 1 video aliff ni. Masa tu dia ckp dekat pa dia yg saje dia nak ckp mcm org bodoh biar jd perhatian. Aku x tau siapalah edit video dia sampai terlepas part yg tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni ramai org keliling dia sbb dia kaya je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan support dah orang cam nih
Perosak bangsa agama negara
Haloba sangat dengan duit |
|
|
|
|
|
|
|
Amyza ni forumer jugak kah? Iols nampak tibai unta |
|
|
|
|
|
|
|
Syokkkan jadi orang kaya boleh buat benda gilaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Kahkahkah buat video x sah kalau x mintak untuk kena kecam. Taktau video tu dia melawak ke dia mmg serious. Agak2 la nak masuk AJL... Bobo di mana?? Selevel anuar zain... Muntohhhh. Mintak diva AA bagi sepatah 2 kata... |
|
|
|
|
|
|
|
Baik2 kak miza alip belut ni ramai kwn retis
Kang ada dia bt kt hang ntn apa2 job
Bravooooo kak mija
|
|
|
|
|
|
|
|
Amyza ni je antara yg berani bersuara betul. Betul cakap dia. Tapi I tak setuju dia suruh belut tu jadi penerbit. Kang nak terbit movie atau drama semua nak kena ikut kepala dia saja, confirm entah apa-apa punya cerita. Pastu kalau stesen TV tolak drama dia, dia buat video lain pulak. So baik tak payah join apa lansung. |
|
|
|
|
|
|
|
PintuKayu replied at 11-2-2020 08:16 PM
Syokkkan jadi orang kaya boleh buat benda gilaaaaaaa
Kaya doniaa jer chuolss
Meriak sangat alif dengan syurga donianyerr
Kejar kaya dunia sampai sanggup buat aper sajer
Akhlak adab agama islam diletak belakang |
|
|
|
|
|
|
|
alip ni klw boleh semua benda dia nak jadi.. wlwponn suare dia nan hado... sudah2la lip.. ko pokus jela ngan utube ko tu... dahla ko laki bini ade utube.. x cukup2 lg ke duit yg korang dpt... |
|
|
|
|
|
|
|
gummiebear replied at 11-2-2020 08:04 PM
Amyza ni forumer jugak kah? Iols nampak tibai unta
hahahahaa. kantoi lah amyza ada dlm porum.., |
|
|
|
|
|
|
| |
|