Roti Gardenia Wholemeal vs Roti Gardenia 100% Wholegrain with Canadian Purple Wheat : Mana Yang Lebih Baik Untuk Diet?
Ramai orang kita yang cuba untuk berdiet, dan ramai orang kita yang berdiet dengan hanya memakan roti. Tetapi, tidakkah mereka tahu bahawa roti ialah process food? Process food membantu dalam diet atau tidak?
Process food ialah makanan yang diproses, seperti roti, biskut, keropok dan juga bijirin. Berbeza dengan solid food seperti ayam, ikan, daging dan sayur-sayuran yang mentah tanpa ditambah kuah. Process food mengandungi tepung, di mana 1g tepung bersamaan dengan 4 kalori. 2 keping roti gardenia putih mengandungi 153 kalori. Sedangkan purata manusia dewasa hanya memerlukan 2000 kalori sahaja sehari. Sekiranya anda makan melebihi kalori yang diperlukan, kalori lebihan tersebut akan bertukar menjadi lemak.
Processed Food
SUMBER : 4 Reasons Why You Should Stop Eating Processed Foods, thecandidadiet.com
Solid food
SUMBER : Makan Ayam Atau Ikan untuk Lauk Nasi:Mana Yang Lebih Bergizi?, hellosehat.com
Jelas roti bukanlah idea yang baik untuk diet. Tetapi, sekiranya anda adalah seorang penggemar roti. Anda masih boleh makan roti, tetapi tukar jenis roti anda. Dalam konteks diet, anda perlu menggantikan roti putih biasa anda dengan roti wholemeal.
Roti Wholemeal
Roti wholemeal ialah roti gandum penuh yang tinggi dengan serat makanan. Roti ini mampu membuat seseorang berasa kenyang dengan cepat. Bagi anda yang ingin diet dengan cara yang sihat tanpa meninggalkan roti, terdapat dua jenis roti Gardenia di pasaran yang anda boleh beli, iaitu roti Wholemeal with Sunflower Seeds (paket hijau) ataupun Roti 100% Wholegrain with Canadian Purple Wheat (paket ungu). Roti mana yang lebih baik sebenarnya?
Kalau mengikut ranking, sudah semestinya roti putih biasa Gardenia yang terbawah, diikuti dengan roti Wholemeal With Sunflower Seeds, dan yang pertama sekali, 100% Wholegrain with Canadian Purple Wheat. Kenapa Canadian Purple Wheat adalah roti yang terbaik untuk dipilih? Anda boleh lihat berdasarkan indeks pemakanan di bawah:
Nutrisi Pemakanan roti Wholemeal (With Sunflower Seeds)
Jumlah Sajian: 2 keping
Kalori 148
Natrium 266 mg
Jumah Lemak 2 g
Potasium 0 mg
Lemak Tepu 1 g
Karbohidrat 22 g
Asid lemak poli tak tepu 1 g
Serabut Diet (Serat) 9 g
Asid lemak mono tak tepu 1 g
Jumlah gula 0 g
Trans 0 g
Protein 9 g
Kolesterol 0 mg
Vitamin A 0%
Kalsium 0%
Vitamin C 0%
Zat besi 0%
Nutrisi Pemakanan roti 100% WholeGrain (with Canadian Purple Wheat)
Jumlah sajian : 2 keping
Kalori 145
Natrium 249 mg
Jumlah lemak 2 g
Potasium 0 mg
Lemak tepu 1 g
Karbohidrat 21 g
Asid lemak poli tak tepu 1 g
Serabut Diet (Serat) 5 g
Asid lemak mono tak tepu 1 g
Jumlah gula 0 g
Trans 0 g
Protein 9 g
Kolesterol 0 mg
Vitamin A 0%
Kalsium 0%
Vitamin C 0%
Zat besi 0%
Untuk diet, kita perlu manjaga kalori pemakanan kita. Selain itu, makanan yang tinggi serat membantu proses penghadaman dan mengelakkan sembelit, juga baik untuk diet. Makan yang baik untuk diet juga perlu tinggi dengan vitamin. Canadian Purple Wheat lebih tinggi seratnya berbanding Wholemeal with Sunflower Seeds, serta kalori lebih rendah. Selain itu, nilai Glycaemic Index (G.I) untuk Canadian Purple Wheat lebih rendah, iaitu 46 berbanding Wholemeal, iaitu 55.
Perbandingan Antara Glycaemic Index Roti 100% Wholegrain (kiri) with Canadian Purple Wheat dengan Roti Wholemeal Gardenia (kanan)
SUMBER : Kena Periksa GI Kalau Nak Makan Roti Untuk Diet, Doktor Ini Kongsi Cara Pilih Yang Sesuai!, maskulin.com.my
Glycaemic Index ialah ukuran relatif bagaimana sesuatu jenis makanan yang mengandungi karbohidrat memberi kesan terhadap tahap gula dalam darah. Lebih tinggi nilai G.I, bermakna lebih pantas makanan diproses dalam badan menjadi kalori, dan kandungan gula akan meningkat dengan lebih cepat. Kesimpulannya, Canadian Purple Wheat adalah pilhan anda. - CARI |