View: 5579|Reply: 36
|
[Dunia]
Asap kebakaran Australia kelilingi bumi
[Copy link]
|
|
WASHINGTON - Awan asap daripada kebakaran dahsyat Australia dijangka mengelilingi bumi dan kembali semula ke negara itu.
Perkara itu didedahkan Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) berdasarkan data daripada satelit yang memantau pergerakan asap tersebut pada atmosfera selepas ia kini menuju ke Amerika Selatan.
"Menjelang 8 Januari lalu, asap tersebut sudah mengelilingi separuh daripada bumi dan menyebabkan langit berjerebu. Ia dijangka mengelilingi seluruh bumi sebelum kembali semula ke ruang udara Australia," jelas NASA menerusi laman web mereka.
Lebih 11 juta hektar kawasan hutan dan ladang pertanian di Australia musnah sejak kebakaran dahsyat itu bermula pada September lalu.
Difahamkan, kawasan paling teruk terjejas adalah di New South Wales dan Victoria dan di sepanjang hutan pantai timur.
Asap yang menyeberangi Laut Tasman turut menyebabkan pencemaran udara teruk di beberapa bahagian di New Zealand selain menyebabkan salji di kawasan pergunungan bertukar warna coklat.
Menurut NASA, ribut tersebut dihasilkan oleh api digelar pyrocumulonimbus menyuntik sejumlah besar asap pada stratosfera yang berada lebih 16 kilometer dari permukaan bumi.
"Ia boleh bergerak sejauh ribuan batu daripada sumber asalnya apabila berada di stratosfera dan memberi kesan kepada keadaan atmosfera di seluruh dunia," ujar agensi itu lagi.
Ribut petir kering itu juga menghasilkan petir yang boleh mencetuskan kebakaran baharu. - Agensi
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tu lah, thn lepas kecam sgt negara mendonia sbb punca jerebu, skg tuhan bayar cash.....lagi teruk kena
|
|
|
|
|
|
|
|
apa penjelasan flat earth ? |
|
|
|
|
|
|
|
hat ni kena tunggu sohai sexplain
|
|
|
|
|
|
|
|
sian haiwan dekat sana... berjuta juta jugak haiwan yg terkorban |
|
|
|
|
|
|
|
Barangkali Allah nak musnahkan haiwan dulu, kemudian tanaman dn terakhir manusia. Kalau kita baca berita2 dunia, ada saje bencana alam. Austraia terbakar, gunung api meletus di sana sini, tanah runtuh, pemanasan gobal, dll. Dn bencana alam ini tak terkendali dek manusia untuk menangkisnya. Sedangkan manusia terus saja bergaduh dn berperang sesama sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Maaf aku cakap...bencana alam ni...adalah bersebab,...Manusia mendongak kelangit tanda insaf...adalah baik...tapi kalau manusia mendongak kelangit kerana sombong dan takbur....natijahnya.Sendiri buat sendiri tanggung...
Apapun takziah buat Austaralia...semoga kembalilah kepada fitrah....beroleh aman.. |
|
|
|
|
|
|
|
"Menjelang 8 Januari lalu, asap tersebut sudah mengelilingi separuh daripada bumi dan menyebabkan langit berjerebu. Ia dijangka mengelilingi seluruh bumi sebelum kembali semula ke ruang udara Australia,"
Macam boomerang pandai kembali ke tempat asal |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 15-1-2020 10:23 AM
Barangkali Allah nak musnahkan haiwan dulu, kemudian tanaman dn terakhir manusia. Kalau kita baca ...
Membayangkan dunia tiada haiwan dan tanaman, dan akhirnya jadi planet ala2 marikh...
Dunia akan menjadi huru hara |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 15-1-2020 10:23 AM
Barangkali Allah nak musnahkan haiwan dulu, kemudian tanaman dn terakhir manusia. Kalau kita baca ...
Mungkin jugak,atau ini sebagai amaran yg akan ada asap tebal yg lagi teruk akan menimpa manusia...tahun lepas hutan amazon tebakar ni kat Australia pula lepas ni x tahu pulak kt mana... |
|
|
|
|
|
|
|
peringatan kpd manusia sejagat |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kita semua ambil ikhtibar. |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia adalah cancer kepada bumi |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat iols hari2 ujan.
Ni pun baru teduh..
Alhamdulillah. |
|
|
|
|
|
|
|
Madel replied at 15-1-2020 01:58 PM
Tempat iols hari2 ujan.
Ni pun baru teduh..
Alhamdulillah.
bestnya...tmpt i panas terik dan kering.malam2 pun berkuap |
|
|
|
|
|
|
|
ohnoLia replied at 15-1-2020 11:53 AM
Membayangkan dunia tiada haiwan dan tanaman, dan akhirnya jadi planet ala2 marikh...
Dunia akan m ...
Entah sempat entah tidak dunia bertukar spt Marikh. Gunung meletus sana sini, kemungkinan terjadi tsunami, air laut
menerjah daratan memusnahkn bangunan, tanaman, mematikn manusia dn haiwan. Manusia akan jdi lebih rakus lagi berebut makanan dn minuman shnga akhirnya malaikat tiup sangkala. |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 15-1-2020 06:13 AM
bestnya...tmpt i panas terik dan kering.malam2 pun berkuap
Iols kat JB
Kalau siang tak ujan, mlm mesti ujan
Ni pun sejuk berangin..mendung balik. |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 15-1-2020 02:14 PM
Entah sempat entah tidak dunia bertukar spt Marikh. Gunung meletus sana sini, kemungkinan terja ...
Sgt2 serem sis |
|
|
|
|
|
|
| |
|