|
|
Gambar Ramona Zamzam bersama Intan Najuwa dah buat ramai orang kecoh!
Ia telah menimbulkan salah faham apabila ada yang menyangka Ramona memakai rantai berbentuk salib.
 Foto: IG
Tak mahu isu ini berlanjutan, Ramona melalui Instagram telah menjelaskan situasi yang sebenar.
"Seriously, everything looks like lambang salib to you guys??! I understand you wanna be religious but being alim sampai nampak semua jadi negative payah la kak oi. Does it seriously look like salib in that photo?" tulisnya.
Aktres ini juga memuat naik bentuk sebenar loket tersebut beserta dengan nama dan harganya sekali.
Di ruangan komen, ramai yang menyokong Ramona dan bersetuju orang zaman sekarang memang terlalu cepat membuat andaian.
Antara komen, "Nak alim boleh, tapi siasatlah dulu sebelum tuduh apa-apa."
Alahai memang selalu terjadi salah faham macam ni. Kadang-kadang sampai teruk dan bergaduh jadinya. -CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|