Makin hangat isu yang bergolak dalam Finas hingga pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap pengerusinya, Datuk Hans Isaac.
Dia sedar segelintir pihak dalam industri seni seperti mahu dirinya melepaskan jawatan tersebut.
Foto: Instagram Hans Isaac
Seperti yang dijelaskan kepada Astro Gempak, dia tidak akan tunduk dengan desakan sesiapa dan hanya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobing Singh Deo sahaja berhak memecat dirinya.
Desakan tersebut melibatkan Persatuan pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Pertubuhan Industri Kreatif Digital Malaysia (PIKDM), Komuniti Filem Titiwangsa (Komfit) dan Persatuan Sinematografi Malaysia (MYSC).
Menurut Hans, dia memegang kepada prinsip integriti ketika bekerja termasuklah bersikap jujur dan berdisiplin.
Kepada sesiapa yang menuduh dirinya tanpa sebarang bukti akan dikenakan tindakan undang-undang kerana mencemarkan imej dan reputasinya.
Tambahnya, dia tidak berhak untuk bercakap dengan persatuan kerana bukan dibawah tanggungjawabnya. Pihak persatuan perlu melalui CEO untuk segala masalah berbangkit.
Harap Hans dapat menyelesaikan isu tersebut secara baik tanpa memburukkan sesiapa. - CARI
|