TAHUKAH ANDA? SWORD BEARER merupakan satu istiadat perkahwinan untuk pegawai tentera dan polis yang sangat mengagumkan?
Dalam istiadat ini, pedang disilang membentuk arch - simbolik agar sahabat dan pasangan barunya dilindungi dalam apa jua kejadian mendatang. Silang pedang itu juga menandakan mereka mengalu-alukan si pasangan dalam pasukan.
Rakan-rakan mengangkat tinggi pedang, memayungi rakan mereka yang baru berkahwin. Pengantin akan melalui karpet merah melintasi rakan-rakan seperjuangannya seorang demi seorang.
Kredit foto: FB KOYAK Catering
Namun, jika anda berkahwin dengan seorang cef, istiadat sama boleh juga dibuat. Akan tetapi, pedang digantikan dengan senduk dan sudip.
Beginilah sambutan perkahwinan raja sehari seorang ketua tukang masak sebuah perkhidmatan katering yang berlangsung baru-baru ini.
Mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, lelaki bersut cef dan bertopi disambut oleh sekumpulan pemuda berpakaian sepertinya.
Pasangan raja sehari dilihat berjalan di antara kumpulan pemuda terbabit yang berbaris sambil mengangkat senduk dan sudip seperti dikongsikan di Facebook Koyak Catering ini.
Rata-rata pengguna media sosial terhibur sambil bergurau melihat senario yang berlaku dalam foto berkenaan.
Kredit foto: FB
Menjadi raja sehari adalah saat manis yang mahu dikenang sepanjang hayat dan mungkin kerana itu pasangan pengantin ini memilih 'istiadat' yang unik dan kreatif ini sebagai satu momen yang bakal disebut-sebut sehingga anak cucu kelak.
Bagaimana pula dengan anda? - CARI
|