Pada Sukan SEA edisi 2017 di Kuala Lumpur, kemunculan Putera Brunei, Pengiran Muda Mateen Bolkiah mewakili Brunei Darussalam dalam sukan polo mencairkan hati para gadis termasuklah dari Malaysia.
Dalam edisi sukan SEA kali ini, Mateen Bolkiah sekali lagi mencuri tumpuan apabila memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Kali Ke-30 Filipina.
Menerusi laman Instagram miliknya, Mateen atau nama sebenarnya 'Abdul Mateen Bolkiah, 28, berkongsi beberapa keping foto meraikan kejayaan pasukannya di Padang Polo Inigo Zobel, Manila untuk tatapan umum.
“What a tournament, what a team. Bittersweet bronze,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen. Pasukan polo Divesyen A yang terdiri daripada kerabat Brunei itu mencatatkan keputusan 5 berbalas 4 menewaskan Indonesia.
Kredit foto: Instagram Pengiran Muda Mateen Bolkiah
Perlawanan tersebut turut disaksikan oleh Sultan Brunei, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.
Meninjau ruangan komen, ramai wargamaya terutamanya para gadis memberikan ucapan tahniah kepada putera raja yang digilai ramai itu.
Bukan main lagi komen peminat-peminat Putera Mateen ya. Pecah ovari ke tu?
Namun begitu, lebih membanggakan apabila Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas apabila menewaskan Filipina dengan mata 7-5 semasa aksi perlawanan akhir. Tahniah pasukan Malaysia dan selamat maju jaya Putera Mateen. - CARI
Sumber - Instagram Putera Mateen |