Klinik Haiwan Ohana VetCare di Pasir Ris, Singapura menggantung dua jururawatnya kerana mempamerkan tingkah laku tidak bermoral.
Keputusan itu berikutan kecaman yang menghujani klinik terbabit selepas jururawat berkenaan memuat naik video ke laman sosial peribadi mereka menunjukkan perbuatan mereka bermain dengan alat kemaluan anjing yang telah dimandulkan.
Kredit foto: AsiaOne/Screengrab/Instagram
Salah satu video menunjukkan mereka melempar dan mencampak testikel anjing berkenaan di dalam klinik berkenaan.
Malah, salah seorang daripadanya dilihat melambung-lambung alat kemaluan haiwan itu.
Kredit foto: AsiaOne/Screengrab/Instagram
Satu lagi video menunjukkan mereka menepuk tangan tangan dengan kuat di sebelah seekor anjing yang dibuang telinganya akibat jangkitan kuman.
Mereka seolah-olah tidak menghormati haiwan terbabit dengan mengejeknya. Sangat biadab!
Kredit foto: AsiaOne/Screengrab/Instagram
Manakala, sebuah lagi video menunjukkan seorang jururawat merakam dirinya sedang memicit-micit bahagian kerandut arnab sambil tertawa.
Kredit foto: AsiaOne/Screengrab/Instagram
Berikutan kejadian, pihak klinik mengeluarkan dua kenyataan di laman Facebook mereka.
Kenyataan pertama seolah-olah menyebelahi kelakuan tidak bermoral staf terbabit dengan memberi alasan bahawa mereka masih muda dan tidak matang.
Mereka bagaimanapun tidak akan digantung tugas, sebaliknya hanya akan dikenakan tindakan disiplin.
Kredit foto: FB
Namun, kenyataan itu kemudian digantikan dengan kenyataan baru yang memaklumkan bahawa kedua-dua jururawat terbabit sudah digantung tugas yang berkuatkuasa serta-merta.
"Video itu menunjukkan tingkah laku tidak wajar bagi individu yang bekerja di pusat penjagaan haiwan, di mana tujuan kami adalah memastikan kebajikan haiwan terjaga.
"Kami telah mengarahkan mereka untuk menghapuskan video terbabit dari akaun media sosial mereka. Kami juga telah menggantung mereka serta-merta sementara siasatan dilakukan," tulisnya.
Walaupun video terbabit telah dipadam bersama akauan media sosial mereka, ia telah disebarkan warganet lain.
Mana pergi sikap perikemanusiaan terhadap haiwan? - CARI |