Meraih sehingga 4,000 komen daripada netizen dari pelbagai negara, rata-ratanya teruji iman mereka apabila anak Sultan Brunei, Putera Abdul Mateen memuat naik gambar di Instagram tanpa baju.
Terhibur membaca komen yang dibalas oleh netizen saat masing-masing tidak keruan dan merasakan badan Putera Abdul Mateen sangat 'hot' dan menggoda pandangan mata.
Foto: Instagram Putera Abdul Mateen
Difahamkan, gambar itu dimuat naik ketika Putera Abdul Mateen sedang bercuti di Arab.
Bukan perempuan sahaja, malah lelaki pun sama meninggalkan komen nakal seperti 'teruja' melihat badannya itu. Zaman sekarang bukan perempuan sahaja suka melihat badan seperti ini, lelaki pun sama.
Harap, Putera Abdul Mateen berhati-hati menayangkan badan separuh bogel kerana bimbang disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk dijadikan bahan imaginasi pemuas nafsu.
Siapa agaknya yang akan menjadi calon isteri putera kesayangan ramai ini, pasti beruntung gadis tersebut. - CARI
|