CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6583|Reply: 63

[Tempatan] Diperkosa Pemandu Kereta Tak Dikenali

[Copy link]
Post time 30-10-2019 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Norizuan Shamsuddin

TINDAKAN wanita berusia 20 tahun menumpang kereta lelaki tidak dikenali membawa padah apabila dia dirogol individu terbabit di kawasan pembuangan sampah di Kampung Mak Chili, Chukai, Jumaat lalu.

Menurut sumber, kejadian berlaku sewaktu mangsa menunggu bas di perhentian bas di kampung itu untuk ke rumah kakaknya di Kampung Gong Limau, pada 9 pagi.

“Sewaktu menunggu bas, mangsa didatangi seorang lelaki memandu kereta Proton Saga yang kemudian mempelawa wanita terbabit menaiki kenderaannya.

“Wanita itu setuju sebelum lelaki berkenaan membawa mangsa ke kawasan pembuangan sampah sebelum mencabul mangsa.

“Tidak cukup dengan itu lelaki berkenaan turut merogol wanita terbabit sebelum meninggalkan mangsa di tepi jalan di Kampung Gong Limau,” katanya.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, wanita terbabit meminta bantuan kakak angkatnya sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman pada hari sama.

Katanya, wanita terbabit mengingati plat kereta terbabit dan sudah memberi keterangan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian rogol terbabit.

“Susulan laporan berkenaan, polis menahan seorang lelaki berusia 38 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.

“Semakan mendapati lelaki terbabit tidak memiliki sebarang rekod lampau dan hasil saringan ujian air kencing mendapati dia negatif dadah.

“Bagaimanapun, suspek kini direman selama enam hari sehingga 31 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Oktober 2019 @ 9:08 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2019 09:53 AM | Show all posts

sumpahan ikan
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 09:58 AM | Show all posts
1st thing is, KENAPA KO NAIK KERETA ORANG KO TAK KENAL?

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 10:00 AM | Show all posts
Takziah kpd mangsa...tapi nasi dah jadi bubur...senangnya dia ikut org tak dikenali padahal dah umur 20 tahun..bukan budak2 lagi...next time tolak pelawaan elok2 dan jgn layan org tak dikenali...teksi dan grab pun kita berwaspada ni kan pulak entah sapa2  yg berhenti ajak naik kereta...dah la bukan muhrim naik berdua2an pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Maybe nak kena pegang senjata apa2 spt kes kat borneo ari tu budak tgh mkn aiskrim bila driver nk rogol dia dia rodok mata mamat tu ngan batang aiskrim..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Ganu darul seks lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2019 10:05 AM | Show all posts
saviour_09 replied at 30-10-2019 09:58 AM
1st thing is, KENAPA KO NAIK KERETA ORANG KO TAK KENAL?

kan...akak mmg kesian dgn mangsa tapi tulah umur 20 dah pndai fikir kot, toksah lah duk ikut org yg kita x kenal
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Asdan replied at 30-10-2019 09:53 AM
sumpahan ikan

Tapi Jepun makan ikan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2019 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
@renko , ni lelaki jenis apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 10:19 AM | Show all posts
adik sangat pemurah..hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 10:32 AM | Show all posts
saviour_09 replied at 30-10-2019 09:58 AM
1st thing is, KENAPA KO NAIK KERETA ORANG KO TAK KENAL?

kadang kita ni bila da terdesak kita akan buat je benda tu tanpa berfikir panjang..sebenarnya aku penah skali tu tumpang kete pakcik aku kenal kat tbs smpai johor n aku sorang je pompuan sbab tiket bas boleh sold out kat tbs..time tu siap tong2 duit minyak n tol sbab penumpang dlm keta tu sume strangers ade 4 org termasuk aku siap ade india dua org time malam lak tu..alhamdulillah takde pape berlaku wlaupun aku sbenarnya cuak nk mmpos tapi dripada aku dok sengsorang kat hostel u baik la aku balik kampung..memang da nekad sgat la time tu kekdahnya..huhu

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 10:38 AM | Show all posts
berani tol tumpang org xknal..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 10:44 AM | Show all posts
Banyak sangat tengok drama tv berani naik kereta orang tak kenal dengan harapan ada jodoh mungkin akhirnya sendiri yang dapat bala
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 10:47 AM | Show all posts

bukan sumpahan ikan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 10:50 AM | Show all posts
huk alohhhh gannu lagi makang ikang ...... taip2 minggu cite seks jadi kat gannu....kena siasat  ni kot wartawan ni anti gannu
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 10:57 AM | Show all posts
eh umur dah 20tahun, takkan tak reti lg jaga diri, kenapa boleh main tumpang je org tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2019 10:58 AM | Show all posts
chicozinn replied at 30-10-2019 10:32 AM
kadang kita ni bila da terdesak kita akan buat je benda tu tanpa berfikir panjang..sebenarnya aku  ...

tu la tu
terdesak lead to this kind of tragedy la kan

tp ko pun at least ada la jugak org lain dalam kereta tu

minah ni sorang2 dia gi naik kereta org tak kenal dah kenapa?
aiyooo




Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 11:07 AM | Show all posts
saviour_09 replied at 30-10-2019 10:58 AM
tu la tu
terdesak lead to this kind of tragedy la kan

time aku tu memang da nekad sgat sbab xjangka lak time tu tiket bas sume sold out kt tbs tu..pastu aku toleh blakang aku ade 4 org laki ni tgah bincang psal nak balik jb mse tu..aku pun tnya la n xsangka lak dorang tu sebenarnya strangers n sume nak balik johor time tu n salah sorg sebenarnya ade bawak keta cuma dia nk park kat tbs sbb nk jimat nek bas je..

cuma sepanjang jalan dlm keta tu aku manjang wsap bapak ak n bf aku je sbb nk keep in touch..alhamdulillah la takde pape even dorang siap belanja aku makan kat rnr pagoh lagi sebab aku sorg je student n yg lain sume da bekerja..utk aku tu pengalaman giler babi aku penah buat la..

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
chicozinn replied at 30-10-2019 11:07 AM
time aku tu memang da nekad sgat sbab xjangka lak time tu tiket bas sume sold out kt tbs tu..pastu ...

Berani nya kauuu.....

Alhamdulillah selamat
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 11:20 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 30-10-2019 11:12 AM
Berani nya kauuu.....

Alhamdulillah selamat

itu aku cakap kadang benda da nekad kita cm takleh nak berfikir tau..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.338100 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list