Viral di media sosial mengenai gelagat seorang penunggang motosikal yang dikatakan merajuk di sebuah stesen minyak sehingga mencuit hati netizen.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku kerana pekerja di stesen minyak tersebut tersalah ‘set’ pam.
Video tersebut telah dimuat naik di laman Facebook Firdaus Moetar dengan kepsyen ‘Merajuk selepas staf salah ‘set’ pam, maafkan kesilapan kecil kami ini’ sebelum ianya viral dan dikongsikan oleh pengguna Facebook yang lain.
Menerusi video tersebut dilihat seorang pelanggan di stesen minyak itu merajuk dan enggan berganjak daripada kedudukannya walaupun telah dipujuk oleh pekerja disitu. Selepeas mengisi minyak, pekerja itu kemudian mengalihkan motosikal pelanggan itu ke bahagian tepi.
Gelagat pelanggan yang enggan berganjak dari kawasan itu menyebabkan pekerja stesen minyak tersebut bertindak datang semula kepadanya untuk memujuk. Walau bagaimanapun, pelanggang tersebut menunjukkan tanda protes dengan membelakangkan pekerja tersebut.
Perkongsian ini telah mendapat perkongsian sebanyak 241, 000 tontonan oleh warga Facebook. Rata-rata daripada mereka terhibur dengan gelagat pelanggan di stesen minyak berkenaan. Ada juga diantara mereka yang tertanya-tanya apakah kesudahan ‘drama’ merajuk ini.
Post time 27-10-2019 11:57 AMFrom the mobile phone|Show all posts
alolo pakcik..ingat suwit lah kot majuk gitu... mujuk makwe pon tak gitu..hehehe..terhibur. tp apapon kesian pakcik ni yg bahan lawak pulak.
mcm tak best lah dok sana sini amik video pastu gi viral kan. kdg apa yg kita buat perangai tak sedar pon. takde privacy dah gini. tapi jadi tontonan seantero donia. apa tujuan diviralkan gini ye. jadikan bahan lawak..bahan gelak ke.
Post time 27-10-2019 02:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pakcik, tak senonoh hokay merajuk macam tu. Gi la marah staf tu, claim balik duit pakcik. Yang pegi buat perangai macam budak tadika tak dapat jajan tu dah kenapa
cringe lah pokcik nak merajuk alolo bagai. iols nak tengok video sampai habis pun tak lalu hoccay. takyah nak mengada bajet suwit boleh tak. kau dah tua bangka sesilap dah bercucu cicit tak malu ke dengan bebudak yang lagi pandai behave daripada kau. ke kau memang tak kisah nok buat benda pelik2 gini terus viral dimalukan satu dunia