Akhirnya..
Setelah pelbagai spekulasi bertebaran di media sosial, akhirnya selebriti jelita Natasha Hudson mengesahkan sudah pun bercerai dengan Noor Nashriq Sekanor, namun tidak memaklumkan tarikh perpisahan yang tepat.
Perkahwinan keempat yang baru menginjak setahun itu terpaksa ditamatkan kerana sebab-sebab peribadi namun Natasya menolak gosip liar yang menyatakan ianya kerana orang ketiga. Berikut merupakan kenyataan Natasha menerusi Hangat.com:
"Ya, saya dah bercerai baru-baru ini, sudah meneruskan kehidupan dengan baik sekali dan
sangat bahagia kembali hidup sendirian tanpa suami. Cukuplah untuk bersedih buat masa ini.
Tiada lagi hubungan antara kami buat masa ini."
Kredit foto: IG
Menurut Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 37 ini, segala yang berlaku adalah ketentuan Allah. Dia sangat gembira dan tenang meneruskan kehidupan dengan baik setelah kembali solo. Malahan, kini dia lebih sibuk pada perniagaan serta meluangkan masa lebih kepada anak-anak, keluarga dan rakan-rakan.
"Buat masa ini, saya sibuk mengembara untuk menguruskan perniagaan saya meluangkan masa untuk diri sendiri.
Saya hanya perlukan energi positif dan lebih fokus untuk diri saya sekarang."
Kredit foto: IG
Natasya juga menegaskan tidak mahu memanjangkan perkara ini. Cuma ianya adalah pengajaran terbaik buat dirinya tentang erti cinta.
"Cuma ini satu pengajaran. Cinta bukan segala-galanya jika tiada kejujuran dan keikhlasan.
Jangan sesekali mempergunakan agama."
Kemelut rumah tangga Natasha mula dihidu Cari.com.my selepas dia sudah memadam gambar bekas suaminya di laman Instagram serta gambar-gambarnya bersama sahabat lamanya, di Amerika Syarikat.
Buah hati Natasha
Wah! Tersirat betul jawapan Natasha kan? Walaupun selepas bercerai kali keempat, sikap positif Natasha ketika menghadapi ujian sebegini harus diberi pujian. Semoga Natasha menemui erti cinta dan kebahagiaan sama ada solo atau pun nanti bertemu seorang lelaki. - CARI
|