Kredit foto: Instagram Maya Karin & Astro Awani
Niat Maya Karin untuk memperkatakan mengenai mutu pendidikan negara dan daya keyakinan pelajar menerusi ciapan di Twitternya nampaknya menimbulkan perdebatan.
Ciapan aktres terkenal tanah air itu di akaun peribadinya yang mempersoalkan mengenai penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan orang Melayu semasa menyampaikan ceramah di Terengganu menjadi tular.
Ciapan tersebut menerima kecaman warganet di laman sosial.
Kredit foto: Twitter Maya Karin
Walaupun teruk dikecam, Maya tetap tampil memberikan penjelasan bahawa beliau tidak berniat mahu merendahkan atau memperlekehkan orang Melayu, sebaliknya mahu memberi kesedaran terhadap kepentingan menguasai bahasa asing selain daripada Bahasa Melayu.
Menurut Maya, untuk kita lebih maju, Bahasa Inggeris sangat penting memandangkan ia bahasa global kini.
Pandangan Maya itu turut dipersetujui penganalisis politik, Karim Raslan yang juga merasakan seseorang itu mempunyai kelebihan jika mampu menguasai lebih banyak bahasa, seterusnya membuka lebih banyak peluang dari segi pekerjaan, gaji dan juga pengetahuan.
Bertabahlah Maya. Apapun, setiap orang ada pendapat masing-masing apabila isu bahasa seperti ini disebut. Apa pula pendapat anda? - CARI |