View: 22463|Reply: 212
|
[Tempatan]
Pejabat Dr Hamid Arshat diserbu KKM tanpa sebarang notis
[Copy link]
|
|
Dr Hamid Arshat kesal pejabat diserbu KKM tanpa notis
3 Oktober 2019
SHAH ALAM - Pakar sakit puan dan perbidanan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat meluahkan rasa kesal apabila pejabatnya yang terletak di Plaza Damansara diserbu sekumpulan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam.
Menurutnya, beliau terkejut dengan kedatangan kakitangan KKM yang tidak membawa notis serbuan dan tanpa menjelaskan tujuan serbuan itu dilakukan.
“Tanpa notis dan tanpa tujuan yang jelas, mereka datang dengan mengejut seolah-olah saya seorang penjenayah.
Pada hal saya telah berkhidmat sebagai doktor hampir 50 tahun dan sebagai pakar bidan selama 43 tahun.
“Saya berasa amat terkilan dengan layanan dan tindakan kasar kakitangan muda yang seperti gila kuasa,” tulisnya menerusi status yang dimuat naik di Facebooknya.
Menurut Dr Hamid ketika pejabatnya diserbu beliau sedang merawat pesakit di kliniknya di Taman Desa Medical Centre.
Dalam masa sama, beliau berkata, tidak ada salahnya jika pihak berkuasa menghubunginya terlebih dahulu dan menjelaskan kesalahan yang dilakukan sebelum melakukan serbuan ini.
“Tetapi perkara sebaliknya berlaku, mereka menyerbu sehingga keadaan pejabat saya kucar kacir dan tidak menjumpai apa-apa bukti kesalahan saya.
“Sungguh menyedihkan dengan tindakan kasar mereka ke atas kakitangan dan pejabat saya,” jelasnya dalam hantaran status yang menerima lebih 9,400 tanda suka dan dikongsi lebih 1,200 kali.
Kongsi Dr Hamid lagi, sekitar tahun 70- an dan 80-an, beliau dan rakan-rakannya yang bertugas sebagai doktor telah berkhidmat secara bertungkus lumus untuk memberi rawatan kepada pesakit tanpa mengira masa dan gaji.
“Saya pernah bekerja selama 72 jam berturut-turut dan dibayar sebanyak RM600 sebulan.
“Saya juga telah berkhidmat dengan KKM sebelum kakitangan yang membuat serbuan ini belum lahir ke dunia lagi,” katanya bernada kesal.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aik Dr Hamid Arshad pon kena serbu??
Kenapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Pasal apa kena serbu????
Negara Dunia Ketiga memang camni...sabar je lah |
|
|
|
|
|
|
|
Ada orang report something ke pasal klinik dia? Takkan KKM saja serbu kan |
|
|
|
|
|
|
|
fofuler replied at 3-10-2019 06:29 PM
Ada orang report something ke pasal klinik dia? Takkan KKM saja serbu kan
Aah. Mesti ada yg report tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kali ke 2 klinik Prof ni kene... |
|
|
|
|
|
|
|
dia buat salah haper weh? |
|
|
|
|
|
|
|
saman je la kkm tu dr hamid |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak serbu bkn boleh main serbu je kan? Kene bawak surat atau notis serbuan cam dr hamid ni ckp.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba bayangkan kalao KKM, Kastam, Imigresen, Polis, JAIS telepon dulu org yg nak serbu. Korang rasa apa jadi? Jumpa tak bahan bukti? Tu perkara pertama.
Perkara kedua, selalunya serbuan ni dibuat sebab dapat maklumat atau laporan tentang benda yg salah. Kalau ko x buat salah, x perlu takut pon org call ko dlu atau tak sebelum serbuan. Bg je kerjasama kalau pegawai mintak apa2 dokumen.
Perkara ketiga, apa bukti kucar kacir opis yg doktor ni bangkitkan? Setakat serbuan datang opis suruh bawak klua semua dokumen tu perkara biasa. Iols percaya ada SOP nak buat serbuan, bukan masuk opis pastu geledah mcm pencuri masuk rumah. the way doktor ni cakap mcm nak kata pegawai KKM x profesional.
Tambahan pula apa motif heols membangkitkan pengorbanan bekerja 72 jam dlu denagn serbuan ni? Mengharap simpati?
Dengan statement doktor mcm ni, iols lebih curious apa agaknya kesalahan company dia yg dilaporkan pada KKM. Tunggu dan lihat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Adakah Dr Hamid ada affliatekan diri dgn geng2 doula?
Aku rasa staff kkm yg mai wat keja tu tak kenai Dr legend ni. Aku marhaen biasa pun pasti segan kalau kata ada peluang berckp face to face dgn Dr Hamid ni.
But I really hope Dr Hamid tak terlibat dgn benda2 ug unthinkable. Sejujurnya nervous juga aku melihat geng2 doula and anti vax bergentayangan Di Komen fb Dr Tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin pasti kkm, imigresen, polis, mana2 agensi penguatkuasa nak serbu pape kena announced dlu.. Bgtau awal2 suruh tuan rumah siap sedia.. Sediakan air sirap limau, mihun grg, karipap utk dijamu.. |
|
|
|
|
|
|
|
takkan kkm nak serbu macam tu jer . mesti ada yang report ni . kene tunggu penjelasan pihak kkm dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Memang macam ni pun kkm buat kerja. Nasib la time aku kene tu dieorang minta izin nak masuk then buat sportcheck. Yang tak best datang bawa polis macam ko nak serbu kilang dadah |
|
|
|
|
|
|
|
Jiddin replied at 3-10-2019 06:52 PM
Adakah Dr Hamid ada affliatekan diri dgn geng2 doula?
Aku rasa staff kkm yg mai wat keja tu tak k ...
Bukan geng2 tu suka menempel ke. Td ada baca komen laki si masyitah doula |
|
|
|
|
|
|
| |
|