|
|
Pasangan kekasih selalu mahu jadi romantik bila tiba masanya untuk melamar. Macam-macam kaedah dibuat untuk menyatakan rasa cinta dan mengajak pasangan berkahwin dan sehidup semati.
Tetapi ada juga kes bila lamaran tidak menjadi, dilaporkan BBC, seorang lelaki yang membuat lamaran dalam laut mati lemas selepas menyelam di sebuah resort dalam laut di Manta Resort, Pemba Island, Tanzania.
Lelaki berkenaan, Steven Weber dikatakan menyelam keluar daripada bilik resortnya yang terletak dalam laut semata-mata untuk melamar kekasihnya, Kenesha Antoine.
Pasangan malang. Foto: Facebook
Steven menulis nota lamaran dan meletakkannya di cermin bilik yang berada dalam laut itu, tetapi kerana tidak cukup nafas, dia akhirnya mati lemas disaksikan sendiri kekasihnya itu.
Mahu jadi romantis. Foto: Facebook
Nota itu berbunyi: "Saya tak boleh tahan nafas cukup lama untuk beritahu semua perkara yang saya suka tentang awak....Tetapi, apa sahaja yang saya suka, buatkan saya lebih cintakan awak setiap hari."
Dia kemudiannya mengeluarkan nota lamaran dan sebentuk cincin sebagai tanda lamaran. Bagaimanapun, dia tidak sempat mendengar persetujuan Kenesha kerana sudah lemas.
Jom kahwin. Foto: Facebook
Kenesha memberitahu media, Steven bagaimanapun tidak muncul-muncul selepas itu.
Mereka berdua menyewa sebuah kabin dalam laut yang terletak kira-kira 250 meter dari pantai. Mereka menempah kabin itu selama empat hari dengan kos semalam mencecah $1,300 atau kira-kira RM6,767!
Bilik hotel dalam laut disewa mereka. Foto: Google
Begitulah kisahnya, kalau nak melamar pun janganlah sampai bahayakan diri ya. Buat biasa-biasa sudahlah, tak perlu jadi terlebih romantis sampai nyawa pun melayang. - CARI |
|