Isu rumah sewa kotor hingga dibiarkan berulat bukanlah perkara baru. Namun, kali ini agak berbeza kerana ianya berlaku di Mesir dan dionarkan oleh pelajar Malaysia di sana.
Sifat pengotor itu rupa-rupanya bukan dilakukan oleh ramai orang, tetapi seorang sahaja pelajar. Meloyakan. Bagaimana dia boleh tinggal dalam situasi begini?
Lebih memalukan ialah pelajar tersebut belajar di bidang perubatan dan seorang perempuan!
Twitter
Menurut pemilik akaun, Hyajaa, kejadian itu terbongkar apabila 'junior'nya membantu jiran mereka mengemas rumah sewa kerana pelajar tersebut pulang ke tanah air untuk bercuti selama tiga bulan.
Bakal doktor tersebut juga sentiasa berdolak-dalik dengan tuan rumah apabila dihubungi.
Apabila melihat setiap gambar yang dikepilkan, timbul rasa loya dalam kalangan warganet.
Twitter
Twitter
Dengan keadaan peti sejuk yang sudah bertelur lipas serta sisa makanan tidak dibuang sudah membuatkan ramai yang berasa loya.
Belum termasuk lantai berkerak, barang-barang dapur bersepah, buku bertaburan, sinki penuh dengan lendir dan lumut hijau sudah jelas memaparkan betapa pengotornya penyewa tersebut.
Lebih mengejutkan lagi ialah penemuan kucing yang sudah mati (tidak diceritakan tempohnya mati) menegaskan bahawa bakal doktor wanita ini tidak kisah dengan persekitaran dirinya.
Twitter
Ramai warganet berasa terkejut dengan keadaan rumah tersebut. Dalam masa sama berasa pelik bagaimana penyewa itu boleh tinggal dalam rumah yang langsung tidak terurus.
Hal ini menyebabkan mungkin tuan rumah di Mesir itu mempunyai pandangan negatif terhadap orang dari Malaysia nanti.
Jadi, apa penyelesaian dari tragedi ini? Tiada lain melainkan penyewa tersebut benar-benar bertekad untuk mengubah dirinya dan menjadi lebih rajin untuk mengemas. Apa pandangan anda? - CARI