"Saya tak kacau suami atau teman lelaki orang, jadi saya harap orang lain pun tak kacau teman lelaki saya."
Pelakon Ruhainies berkata demikian kepada mStar Online ketika mengulas mengenai teman lelakinya yang sering dihampiri dan digoda wanita miang.
Kredit foto: IG Ruhainies
"Kalau sebelum didedahkan wajahnya pun dah kena kacau, lagilah apabila sudah didedahkan (wajahnya)," ujarnya.
Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 27, berkata dia dan kekasihnya, Mr E atau Elf Johan tidak pernah bertekak mengenai isu itu.
Malah, mereka saling mempercayai antara satu sama lain.
"Saya memahaminya sebab saya dah matang. Tak adalah macam budak-budak dulu, sikit-sikit nak bergaduh sebab cemburu," tambahnya.
Wah, percaya seratus peratus ni! Jangan sampai menangis di kemudian hari sudahlah.
Semoga ke jinjang pelamin hendaknya. - CARI
Video: YouTube mStar
|