Penyanyi BBNU yang mencetuskan kontroversi sejak beberapa minggu lepas kerana berperangai biadap dan memukul seorang pekerja stesen minyak, Zynakal disahkan menghidap penyakit Bipolar Mania dan sedang ditahan di wad psikatari Hospital Kuala Lumpur.
Bipolar mania adalah sejenis penyakit mental yang menyebabkan pesakit mempunyai tenaga yang terlalu tinggi, sukar tidur dan memberikan tumpuan kepada perkara dilakukan dan menyebabkan seseorang berubah mood dengan sangat pantas.
Zynakal didenda kerana memukul seorang pekerja stesen minyak. Foto: Google
Menurut laporan mStar, kawan baiknya, Syazman Zanini berkata, penyanyi itu dipujuk ke hospital selepas didenda mahkamah oleh mereka dan sedang menjalani rawatan.
"Setelah mahkamah menjatuhkan hukuman denda pada Jumaat lalu, kami pujuk dia untuk ke hospital kerana nampak lain dari dirinya yang menggambarkan itu bukan dirinya.
"Awalnya menolak, namun akhirnya dia akur dengan permintaan kami, hasil pemeriksaan doktor mendapati dia menghidap salah satu masalah pada mental dan perlu mendapatkan rawatan segera. Buat masa ini tidak dapat dipastikan bila akan dia dibenarkan pulang," katanya.
Kitaran penyakit bipolar mania. Foto: Google
Sudah jelaslah punca sebab penyanyi itu bertindak seperti "orang tak berapa betul", rupa-rupanya memang ada sakit.
Nasib baik bukan kerana dadah atau diganggu jin seperti kata "ustaz".
Berubatlah dik, penyakit mental zaman sekarang ada penawarnya kalau diketahui awal-awal.
Semoga cepat sembuh! - CARI |