Memang tak dinafikan drama "Sweet Dreams" lakonan Ben Amir dan Mira Filzah berjaya menambat hati rakyat Malaysia selepas tayangan beberapa episod. Hampir setiap malam drama itu pasti trending di Twitter. Seronoklah pengarahnya iaitu Michael Ang!
Kredit foto: Instagram
Pun begitu, dalam keseronokan penonton yang suka melihat drama bergenre baru digarap oleh penerbit drama di Malaysia, ada beberapa netizen yang tekankan drama ini mungkin meniru drama asal dari Korea iaitu "While You Were Sleeping".
Kredit foto: Blog
Kepada yang tidak tahu, drama Korea ini dilakonkan oleh Lee Jongsuk dan Bae Suzy di mana turut diselitkan elemen mimpi buruk berkaitan masa depan.
Perbezaannya hanyalah heroin dalam drama Korea yang mengalami mimpi buruk itu manakala dalam drama "Sweet Dreams", watak hero yang mendapat mimpi buruk tersebut.
Ramai peminat bukan sahaja menunding jari kepada Michael Ang, malahan penulis asal cerita ini iaitu Acik Lana turut dilemparkan tuduhan plagiat.
Kredit foto: Twitter
Pun begitu, Acik Lana telah menafikan dakwaan tersebut sebelum di Instagramnya. Bagaimanapun, entri tersebut telah dipadam oleh penulis novel itu.
Kredit foto: Twitter
Ada juga netizen yang menyatakan bahawa antara titik persamaan lain kedua-dua drama itu adalah lakonan heroin adalah kayu!
Kredit foto: Facebook
Apa pula pendapat anda? -CARI |