shiera-lum
"Asal artis ja jual mahal, tak nak sudah, namamu Dollah, hehekmu sebelah. "
Comel ja gurauan dari aktres, deejay dan pengacara Sharifah Shahira atau lebih dikenali dengan Syira Ijoy. Ceritanya Shiera menjual tempoyak yang dibuatnya sendiri, tetapi ramai pula yang mengata kalau artis yang menjual, mesti cekik darah.
Walhal produk tersebut dibuat bermula dengan membeli durian dari Pahang, kemudian ibu mertuanya pula membuat tempoyak sehingga akhirnya dibungkus oleh Syira sendiri.
Jadi proses tersebut memakan masa, wang dan tenaga. Harga RM6 sebekas pun dikatakan mahal oleh sesetengah pihak.
Jadi, apabila ianya habis dijual, Syira merasakan ianya tidak berbaloi dengan tenaga dan masa yang dicurahkan kerana ada yang minta diskaun setelah membeli 4 bekas. Syira turut merakamkan ucapan terima kasih kepada rakannya yang tidak berkira.
foto : IG
Lagi pula suaminya, Ijoy turut memarahinya kerana cuma untung RM6 sahaja membuatkan dia mengambil keputusan untuk tidak berniaga lagi.
foto : IG
Bagaimanapun, hari ini Syira menjelaskan yang dia kembali berniaga tetapi terpaksa menaikkan harga dari RM6 kepada RM9 untuk sebekas tempoyak.
Maklumlah, tidak mudah untuk meniaga sebenarnya, tetapi setelah berbincang dengan suaminya, ia akan diteruskan memandangkan isi durian pun masih banyak lagi.
Comel ja Syira membebel-bebel. Jadi, bagi siapa yang nak membeli silakan, yang tak nak janganlah mengata. Sebab rasanya ia harga yang berpatutan dan tidaklah mencekik darah seperti yang diperkatakan. Jangan putus asa ya! - CARI
|