Maddox Jolie-Pitt, anak angkat sulung kepada pelakon Angelina Jolie dan Brad Pitt memutuskan untuk memilih sebuah universiti di Korea Selatan bagi menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana muda.
Kredit foto: People
Maddox yang baru menyambut ulan gtahun ke-18 bakal mendaftar di Universiti Yonsei bulan ini dalam bidang biokimia.
Menurut sumber portal majalah People, Maddox mendapat beberapa tawaran daripada universiti lain, tetapi memutuskan untuk memilih Yonsei.
'Maddox sudah lama membuat persediaan termasuk mengambil kelas bahasa Korea beberapa kali seminggu,' kata sumber.
Kredit foto: Getty Images
Universiti Yonsei yang terletak di Seoul adalah sebuah universiti swasta yang dibuka pada tahun 1885 dan antara tiga universiti elit terbaik di negara itu dengan 19 ribu pelajar ijazah pertama, 8,000 pelajar sarjana dan 3,200 pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Kredit foto: koreandailyus
Sumber itu turut berkata, Angelina merestui pilihan Maddox dan akan mengiringinya mendaftar nanti.
Ramai membuat spekulasi pilihan Maddox untuk menyambung pengajian di Korea Selatan disebabkan ingin menjauhkan diri daripada dunia glamor Hollywood.
Bagaimanapun, sumber itu berkata lokasi pilihan Maddox mungkin bersangkut paut dengan negara kelahirannya iaitu Kemboja, di mana keluarga Angelina turut mempunyai sebuah rumah.
Kredit foto: E!Online
Pilihan Maddox juga tidak mengejutkan ramai kerana beliau pernah dilihat melawat beberapa buah universiti di negara itu dengan ibunya tahun lalu.
Kredit foto: People
Bagaimanapun, selama ini Maddox dan adik-beradiknya Pax, 15, Zahara, 14, Shiloh, 13, dan kembar Knox dan Vivienne, 11, sentiasa dimanjakan dan dikawal rapat oleh pengawal ibunya.
Jadi, pilihan Maddox mengundang persoalan; adakah beliau mampu hidup berdikari dan tinggal jauh daripada lima lagi adik-baradik rapatnya? - CARI |