Durian piza? Jika anda nak tahu bagaimana rasanya, nantikan penghujung September ini!
Memetik Utusan, Pizza Hut Malaysia memperkenalkan gabungan rasa keju dan raja buah itu dengan piza terbaru mereka iaitu Pizza Durian Cheese.
Kredit foto: Twitter Pizza Hut Malaysia
Loi Liang Tok, Ketua Pizza Hut Malaysia yakin ciptaan istimewa itu bakal mencetuskan fenomena.
Bagi yang ingin menikmati kelazatannya, Pizza Durian Cheese ini akan menemui peminat pada 30 September 2019 di semua rangkaian restoran Pizza Hut dan konsep penghantaran seluruh negara sehingga stok masih ada.
“Pizza Durian Cheese boleh didapati secara à la carte dan pilihan kombo di restoran dan penghantaran Pizza Hut.
“Nikmati kelazatan Pizza Durian Cheese bermula RM44.50 à la carte,” katanya. - CARI
|