Pelakon dan pengacara cantik, Neelofa dianggap sebagai selebriti paling berjaya. Dari setahun ke setahun, langkahnya kian melebar. Selepas melancarkan brand sendiri Lofa Brand, Neelofa masih tidak melupakan bisnes tudungnya.
Terkini, Neelofa merupakan selebriti kedua yang menjalankan usahasama dengan Starbuck telah membuat pelancaran koleksi tudung ekslusif, koleksi Starbucks X Naelofar.
Kredit Foto - FemagoOnline
Koleksi tudung ini diilhamkan daripada warna Starbucks Frappucino dan boleh didapati di kedai-kedai Starbuck terpilih. Koleksi ini menampilkan warna-warna lembut dan malar segar seperti warm brown, soft beige dan pastel green sebagai tribut kepada minuman signatur Starbuck Frappucino iaitu Chocolate, Caramel dan Green Tea.
Koleksi ini turut didatangkan dengan pakej menarik iaitu dibungkus dalam replika bekas air Starbucks yang comel.
Tudung ini mula dijual mulai 5 Ogos 2019 dengan harga RM75 sehelai dan dari setiap pembelian RM1 akan didermakan kepada badan amal pilihan Neelofa. Tahniah Neelofa dan selamat maju jaya. - CARI |