|
|
Usahawan kosmetik, Dato Seri Vida nampaknya melebarkan lagi perniagaannya dan kali ini meneroka bisnes makanan dan juga minuman.
Selepas tampil dengan kerepek salmon skin menggunakan jenama Cik B (iaitu anaknya), kini pengasas Qu Puteh itu memperkenalkan minuman yang semakin viral kini iaitu boba milktea juga di bawah jenama Cik B.
Sememangnya nampak begitu menggiurkan boba tea Cik B ini. Tak percaya boleh lihat sendiri menerusi IG Dato Vida.
Malah, katanya boba tea ini lain dari yang lain kerana didatangkan dengan roasted cream brulee. Selain itu ada juga yang menggunakan coklat Belgium. Sedapnya!
Namun, yang tidak enaknya didengar bila ada sesetengah warganet mula 'komplen' minuman tersebut dijual dengan agak mahal iaitu RM15.
Memang jauh beza dengan minuman boba tea lain yang lazimnya antara RM6 hingga RM10 sahaja.
Anda boleh baca komen di bawah:
Apa pula pendapat anda? Adakah RM15 terlalu mahal untuk minuman boba tea atau sebaliknya? - CARI
|
|