Bermula 23 Julai sehingga 26 Julai ini, beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor bakal mengalami gangguan bekalan air berjadual. Antara Kawasan yang terlibat adalah Pantai Dalam, Bukit Melawati, Ampang Jaya dan Ukay Perdana.
Sumber Gambar: Soya Cincau
Menurut Pengurusan Air Selangor, gangguan bekalan air ini adalah disebabkan oleh kerja-kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1. Penambahbaikan ini adalah betujuan untuk meningkatkan mutu sistem bekalan air kepada pengguna di Kuala Lumpur dan Selangor. Bekalan air akan ditutup bermula jam 9 pagi pada 23 Julai ini di beberapa kawasan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Buat pengguna yang mahu periksa lokasi yang terjejas dan jadual gangguan air, anda boleh berbuat demikian dengan melayari laman rasmi Syabas, http://www.syabas.com.my atau memeriksa maklumat di Aplikasi 'Air Selangor' di App Store atau Google Play.
Buat mereka yang terjejas, jangan lupa untuk menyimpan bekalan air! - CARI |