Tempat untuk ambil gambar cantik dan rare di KL makin susah nak jumpa, yang banyaknya bangunan buruk tak terjaga. Paling-paling pun, asyik bergambar di shopping mall je atau dinding bangunan mana-mana entah. Masalah sebenarnya untuk orang yang memang suka #OOTD dan berinstagram.
Di Kuala Lumpur, sebuah projek diberi nama Kwai Chai Hong mahu mengubah suasana tengah KL yang banyak bangunan buruk tak terjaga kepada satu kawasan yang terpelihara dan lawa. Konsepnya sama macam Penang Street Art yang banyak mural dan bersih tu.
KWAI CHAI HONG TERLETAK DI TENGAH-TENGAH KL. FOTO: FB
Kwai Chai Hong ini terletak di kawasan Petaling Street. Ia merangkumi enam bangunan di Jalan Petaling dan empat bangunan di Lorong Panggung.
Kalau dulu, ini kawasan yang agak menakutkan, ramai penjual barangan tiruan yang asyik paksa beli dan penyeluk saku. Tapi sekarang sebenarnya kawasan ini sudah diubah suai untuk jadi kawasan pelancongan tengah KL yang selamat dan aman.
Bangunan-bangunan lama itu diubah suai sesuai dengan peredaran zaman untuk menarik pelancong dan orang tempatan berkunjung.
#OOTD GAYA KUNGFU HUSTLE. FOTO: FB
Dinding bangunan lama itu dicat semula, dilukis pelbagai mural, pendek kata lokasi terbaik untuk berinstagram!
Di sana juga, orang ramai boleh menggunakan telefon bimbit mereka untuk scan QR Codes di setiap dinding bangunan untuk tahu sejarah kawasan penting itu.
LOKASI KWAI CHAI HONG. FOTO: MALAYSIA ASIA TRAVEL BLOG
Projek itu yang tak sampai setahun berlaku menelan belanja RM1.8 juta. Semua orang boleh masuk secara percuma setiap hari daripada pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Jadi, mungkin boleh buat plan ke sana hujung minggu ini? - CARI |