CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4132|Reply: 30

Anak Kena Tembak Dengan Polis Trafik, Ibu Pertimbang Mahu Saman!

[Copy link]
Post time 21-6-2019 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Kelmarin dilaporkan seorang tukang paip, Alif Aiman, 21 ditembak di lengan kiri oleh anggota polis trafik ketika cuba memberhentikan motorsikal bersama rakannya di Jalan Langgar, Kedah.


Memetik laporan Harian Metro, siasatan polis mengatakan anggota tersebut dihimpit sehingga memaksa tembakan dilepaskan.


Hari ini, ibu kepada mangsa tembak anggota polis trafik itu berharap siasatan kejadian itu dapat dijalankan secara telus.


"ada masa ini ahli keluarga sedang berbincang untuk memfailkan saman, namun saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana ingin memberi tumpuan kepada anak saya agar sihat terlebih dahulu,” kata Hashimah Mahmood, 49.


Foto: Harian Metro




Anaknya yang juga mangsa, Mohamad Alif Aiman Anuar masih terlantar dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas pembedahan mengeluarkan peluru dilakukan semalam.


“Alif kini kelihatan stabil namun mengadu sakit di bahagian tangannya yang turut bengkak, sekarang dia perlu dijaga rapi dan tidak boleh terkena jangkitan kuman yang boleh menyebabkan risiko lain pula.

“Walaupun tembakan itu mengenai lengan kiri, namun banyak saraf tangan Alif sudah rosak termasuk satu urat nadi terputus selain tulang pada bahagian terkena tembakan hancur,” katanya.


Katanya lagi, anaknya itu dan rakannya ketika ditanya mengakui tidak membuat anggota polis trafik merasa terancam ketika kejadian.


"Alif beritahu, dia dan rakannya tidak bertindak melawan atau menendang motosikal polis itu atau mengeluarkan apa-apa barang dalam beg yang dibawa.


"olis sudah datang ke hospital sebelum ini untuk ambil keterangan Alif, saya tak tahu betul atau tidak dakwaan polis itu, yang saya tahu rakan yang menunggang motosikal itu mungkin sangat takut kerana saya difahamkan hari itu adalah hari pertama dia bekerja," katanya lagi. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke polis trafik, atau menyamar je? Macam tak masuk akal cerita nih
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 12:16 PM | Show all posts
polis tu ade rakaman video?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam hensem anaknya
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 12:21 PM | Show all posts
aaz replied at 21-6-2019 12:12 PM
Betul ke polis trafik, atau menyamar je? Macam tak masuk akal cerita nih

rasanya betul.. sbb beberapa hari lepas dgr berita kata polis tersebut kemungkinan di tukar bahagian sehingga siasatan selesai
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
gujiwa replied at 21-6-2019 12:21 PM
rasanya betul.. sbb beberapa hari lepas dgr berita kata polis tersebut kemungkinan di tukar bahagi ...

Kalau betul, dah high time untuk buat ujian mental di pejabat2 kerajaan esp. Badan2 penguatkuasaan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2019 12:29 PM | Show all posts
Apa nak dipertimbangkan lagi? Saman ajer. Namakan Kerajaan Malaysia, IGP dan anggota polis trafik yang menembak itu sebagai defendan defendan....

Loyar banyak yang sanggup tunggu menang kes baru ambik fees sekarang....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 12:53 PM | Show all posts
saman jangan  tak saman

patutnya polis tu kena gantung kerja ngan gaji gaji sekali kena gantung

apa ko ingat ko pulis boleh buat suka hati mak bapak ko agaknya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2019 01:09 PM | Show all posts

camtu pon hensem ke. kau biar betul?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kes bebrapa thn lepas..budak sek men kena tembak dgn polis jugak..kes kejar mengejar gini jugak..tak tahula apa kesudahannya
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis pun dah ramai yang sakit mental ke sekarang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
fushimi: saman jangan  tak samanpatutnya polis tu kena gantung kerja ngan gaji gaji sekali kena gantungapa ko ingat ko pulis boleh buat suka hati mak bapak ko  ...



Kalu kene gntung mcm mana nk bayar saman..walau nama kan gov pun.. Pekerja kene potong gaji mcm loan untk byr saman tu tau.. Pas tu dlm record kerja sampai pncen ditulis..susah nk naik pangkt... Susah nak naik gaji juga.. Sbb ada dengar masa intake..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 02:02 PM | Show all posts
kalau bc report polis tu, kene kejar sampai yg tendang tendang motor polis. kalau takat bawak motor takde lesen takkan la takut mcm tu skali

ntah2 bawak motor sambil high. tu yg mcm tak takut kalau dikejar polis pun
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 02:22 PM | Show all posts
siasat kedua2 sekali.....tp sampai tembak tu melampau laa....polis tendang mat rempit pun org dah kata over ni kan tembak....nasib baik x kena kepala....organ2 penting....

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman, lepaih tu kaitkan dgn Malaysia baru under DAPig
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dramaking007 at 21-6-2019 02:52 PM

ayoooooo.
sampai mcm tu sekali ke......apa salah dia sampai nak kena tembak.dia bawak senjata? bawak dadah? semudah tu ke polis mudah nak tembah rakyat jelata.nasib kene lengan.kalau kena tempat lbh risiko mcm mana..?sian giler.

tapi insyaAllah blh tuntut mcm2 dah tu.perubatan..kerosakan saraf...xsangka kesalahan menghimpit smpai kena tembak dah mcm kejar pembunuh bersiri dia buat.tu pun mgkn salah faham.ayooooo.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2019 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka2 aje tembak.. Budak tu ada senjata ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 03:18 PM | Show all posts
go ahead saman.. dalam court nanti baru kita tau sapa yang bersalah...

jgn lepas tu kalau anak dia didapati bersalah pandai pulak minta derma orang ramai nak bayar duit guaman
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 03:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 03:39 PM | Show all posts
pumpkingirl replied at 21-6-2019 01:32 PM
Teringat kes bebrapa thn lepas..budak sek men kena tembak dgn polis jugak..kes kejar mengejar gini j ...

Kes Aminulrasyid: Mahkamah Persekutuan tolak rayuan polis, kerajaan

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan pihak polis dan kerajaan berhubung kematian remaja Aminulrasyid Amzah pada 2010 dan mengekalkan jumlah ganti rugi RM114,800 yang diberikan kepada keluarga itu.
Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada Mac 2016 memberi RM414,800 kepada ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohammad dan kakak sulungnya Nor Azura sebagai ganti rugi atas kematian remaja itu.
Bagaimanapun Mahkamah Rayuan pada Jun 2017 mengurangkan jumlah ganti rugi kepada RM114,800 tetapi mengekalkan keputusan bahawa tiada justifikasi untuk polis melepaskan tembakan ke arah Aminulrasyid.
Pihak polis dan kerajaan hari ini dalam permohonan mereka merayu jumlah ganti rugi kepada keluarga itu pada sebanyak RM100,000 berdasarkan Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Undang-Undang Sivil.
Walau bagaimanapun, ketiga-tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif menolaknya.
"Tidak ada keperluan untuk mentafsirkan kedua-dua seksyen itu. Permohonan rayuan ini ditolak," katanya.
Hakim lain yang bersidang sama adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ramly Ali yang membuat keputusan sebulat suara.
Norsiah, 68, dan Nor Azura, 47, menyaman polis dan kerajaan dengan menuntut ganti rugi bagi kematian Aminulrasyid, yang mati akibat luka tembakan di kepala yang mereka dakwa disebabkan oleh kecuaian Koperal Jenain Subi.
Aminulrasyid terkena tembakan dilepaskan polis semasa mengejar kereta yang dipandu remaja itu pada kira-kira jam 2 pagi pada 26 April, 2010.
Jenain, 54, dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid namun dia kemudiannya dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.064788 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list