CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1130|Reply: 0

Isu PTPTN : Adakah Akan Wujud "U-Turn" Sekali Lagi Oleh Kerajaan PH?

[Copy link]
Post time 23-5-2019 12:21 PM | Show all posts |Read mode

Foto: Carian internet




Dewan Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia (IKATAN) menganggap janji PH untuk menangguhkan pembayaran balik PTPTN dan menyediakan peluang pendidikan yang berkualiti hanyalah "sembang" kosong yang tidak akan dilaksanakan oleh Pakatan Harapan.

Menurut Ketua Pemudanya, Shahrir Adnan, rakyat, terutamanya golongan muda, telah ditipu oleh janji kosong dan harapan palsu. Beliau juga mengulas tentang begitu banyak dolak dalih yang dibuat oleh pihak kerajaan setelah setahun mentadbir negara.
Berdasarkan Buku Pakatan Harapan melalui 10 janji 100 hari mereka, janji keenam adalah khusus untuk anak-anak muda peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN);
"Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam".
Dalam taklimat bersama media yang turut dihadiri Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan (16 Mei 2019), pentadbiran PTPTN memaklumkan pihaknya sedang meneliti beberapa cadangan untuk mengutip baki pinjaman pendidikan, menurut laporan media.
Timbalan CEO PTPTN, Mastura Mohd Khalid memberi respon bahawa sekatan perjalanan merupakan kaedah paling BERKESAN oleh PTPTN dalam usaha mengumpul balik bayaran pinjaman daripada peminjam yang culas dalam membuat bayaran.
Selain itu, wujudnya cadangan menyekat peminjam yang ingkar tersebut daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan yang akan dibawa kepada kabinet.

Foto Carian internet




Berikut merupakan kronologi pengumuman berkaitan PTPTN semenjak pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH):
1.   Pusingan-U pertama dibuat apabila pihak kerajaan PH mengatakan "Manifesto bukan kitab suci" apabila gagal memberikan pendidikan percuma seperti yang dijanjikan.
2.   Pusingan-U kedua dibuat apabila kajian mahu dilaksanakan berkenaan janji mereka iaitu gaji minimum RM4,000 bagi pembayaran balik PTPTN.
3.   Pusingan-U ketiga dibuat apabila peminjam dikeluarkan dari senarai hitam, tetapi berdepan risiko bankrap atau muflis jika tidak membuat pembayaran balik.
4.   Pusingan-U keempat dibuat apabila skema pemotongan gaji melalui peratusan yang tidak adil dan munasabah untuk anak-anak muda.
5.   Pusingan-U kelima dibuat apabila mereka mahu menyenaraihitamkan semula peminjam supaya tidak ke luar negara. Ditambah pula dengan peraturan zalim untuk mengenakan sekatan ke atas pembaharuan pasport, lesen memandu, dan cukai jalan.
6.   Adakah pihak kerajaan PH akan membuat pusingan-U seterusnya? Jeng jeng jeng.
"Kita harap anak-anak muda mula berfikir dan tidak lagi ditipu oleh janji dan harapan palsu Pakatan Harapan," tegas Sharir.
Dewan Pemuda IKATAN Malaysia melihat situasi ini memburukkan lagi keadaan anak-anak muda yang makin dihimpit dan ditekan oleh dasar-dasar tidak munasabah Pakatan Harapan. - CARI
Sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
akku3kuku
Views : 202 Replies : 0
all the best
akku3all the best
Views : 1414 Replies : 0
kukku
akku3kukku
Views : 2424 Replies : 0
Haram jadah punya sepet, betina tersial. Laii..laiiii
sonic-bertaikHaram jadah punya sepet, betina tersial.
Views : 5472 Replies : 1
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 26486 Replies : 119
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 11085 Replies : 11
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 28039 Replies : 172
Aliff Aziz Kini Muncul Dengan Awek Sabah - Gambar
piaoAliff Aziz Kini Muncul Dengan Awek Sabah
Views : 24917 Replies : 93
Seram nyaaaa
laqoyahSeram nyaaaa
Views : 7478 Replies : 0
Betina tersial Cari Forum
laqoyahBetina tersial Cari Forum
Views : 7479 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.120146 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list