CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4190|Reply: 21

Hotel dalam Kapal Terbang!!! Menarik

[Copy link]
Post time 21-5-2019 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUANTAN - 'Idea gila' dua beranak sejak tiga tahun lepas, mencetuskan kewujudan hotel kapal terbang, dipercayai yang pertama seumpamanya di negara ini.


Kevin Young Thien Sheng, 30, berkata, hasrat untuk membuka hotel unik itu yang menggunakan pesawat Boeing 737-400 dijangka dapat direalisasikan pada awal tahun hadapan, memandangkan beliau baharu 'memindahkan' kapal terbang itu ke Sungai Lembing di sini.

Sambil tersenyum, Kevin berkata pesawat itu dibeli ayahnya, Young Yeong Long, 61, daripada sebuah syarikat penerbangan yang perlu melupuskan pesawat yang telah melebihi tempoh perkhidmatan.


"Kerja yang paling sukar ialah membawa pesawat dari Selangor ke sini. Kami perlu memotong pesawat kepada beberapa bahagian, menyewa lima buah treler dan dua buah kren untuk mengangkat pesawat pada awal bulan Mei.

"Kami juga perlu membuat jalan khas supaya kenderaan yang membawa pesawat dapat masuk ke resort. Kami sedaya upaya tidak mahu menebang pokok di sini, namun terpaksa juga memotong satu dua (pokok) bagi memuatkan bahagian sayap," katanya.

Kevin berkata, mereka mengambil masa selama dua bulan merancang 'perjalanan' pesawat itu ke sini, supaya kenderaan membawa pesawat itu tidak mengganggu aliran trafik khususnya laluan jalan raya Persekutuan sebelum memasuki lebuh raya.

"Paling seronok ialah apabila kami mula memasuki Sungai Lembing. Berita tentang pesawat ini tersebar begitu cepat dan orang ramai beratur di tepi jalan untuk melihat sendiri... suasana begitu meriah ibarat pesta pada hari itu," katanya.


Kevin Yong Thien Sheng,30, bersama ayah Young Yeong Long,61, membeli pesawat daripada syarikat penerbangan yang perlu dilupuskan sebelum memindahkan dari Selangor dengan menggunakan lima buah traler dan dua kren untuk mengangkat pesawat. - Foto Bernama
Beliau, graduan sarjana muda Universiti Lim Kok Wing, enggan mendedahkan jumlah yang dibelanjakan untuk membeli pesawat itu, sekadar senyum dan berkata 'sangat mahal' selain perlu mematuhi prosedur yang sangat ketat.


Walaupun mengeluarkan belanja yang besar, Kevin menambah mereka mungkin membina hanya lima buah bilik daripada keseluruhan 36.57 meter (120 kaki) pesawat itu bagi menjamin keselesaan pengunjung.

"Saya mahu mengekalkan ciri-ciri pesawat seperti pintu masuk... jadi mungkin satu dua bilik akan menggunakan pintu bagasi sebagai pintu masuk dan ada bilik akan diakses menggunakan pintu masuk penumpang. Ini memberi pengalaman tersendiri kepada pengunjung.

"Bahagian kokpit pula akan dikekalkan supaya semua pengunjung boleh merakamkan kenangan. Tren terkini pengunjung mahu gambar yang cantik untuk dimuatnaik dalam laman sosial khususnya di Instagram," katanya.
Bagi merealisasikan impian itu, Kevin memberitahu beliau kini 'meninggalkan sementara' urusan perniagaannya di Kuala Lumpur kerana mahu seluruh tenaga dan masa ditumpukan kepada pembinaan hotel itu, supaya siap mengikut jadual.

Katanya, mereka tidak mempunyai banyak masa kerana telah menghabiskan dua tahun 'meronda ke pelbagai tempat' bagi mencari pesawat yang semuanya berakhir dengan kehampaan kerana keadaan kapal terbang yang tidak sesuai.


Pesawat Boeing 737-400 terdampar dalam hutan menjadi 'idea gila' dua beranak bagi membuka hotel unik di Sungai Lembing. - Foto Bernama
"Ada yang kata lebih murah dan mudah jika kami hasilkan sahaja bangunan berbentuk kapal terbang. Tapi saya tidak mahu kerana perasaannya tidak sama jika dibandingkan dengan menggunakan sebuah pesawat betul," katanya.

Sejak dua minggu lepas, Kevin berkata rutin hariannya adalah membuka setiap lekapan dalam pesawat bagi mendapat ukuran dalaman sebenar sebelum beliau boleh mereka bentuk dalaman bilik, yang setiap satu akan memiliki bilik air sendiri.

"Kami menempatkan pesawat ini di kawasan hutan kerana mahu bersatu dengan konsep semula jadi supaya menjadi pilihan pengunjung yang ingin melarikan diri daripada kesibukan bandar," katanya.

Kevin berkata bagi 'melindungi' keunikan hotel itu, mereka sedang mendaftarkan jenama hotel kapal terbang itu dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) kerana berhasrat mahu membuka hotel dengan konsep serupa di lokasi berbeza. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/29209/EDISI/Pahang/Idea-gila-dua-beranak-wujudkan-hotel-kapal-terbang-dalam-hutan
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2019 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestttt sg lembing everyone should go n visit, aman sgt tenang je
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 05:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh menarik. Agak2 berapalah caj untuk satu malam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Hbs tu nak feeling camana dh Pecah cam tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 11:39 AM | Show all posts
seat colourful tu macam ex-Rayani Air jaaa..

btw, nasib baik meols dapat balik refund RM600++ dari deyoll dulu.. dengar cerita, ramai lagi yang tak dapat refund..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 11:49 AM | Show all posts
putericahaya999 replied at 22-5-2019 07:05 AM
Hbs tu nak feeling camana dh Pecah cam tu

nanti dia baiki la hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2019 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow feeling2 mcm dok dlm kaoatebang terhempas kew?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Very the vuruksss hotelnya.. seram aih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2019 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
mawarika replied at 22-5-2019 02:24 PM
Very the vuruksss hotelnya.. seram aih..

Relaks la u..dijangka siap awal tahun depan kot..la ni mmg la nmpk buruks gitewww
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
rayray28 replied at 22-5-2019 11:52 AM
Wow feeling2 mcm dok dlm kaoatebang terhempas kew?

Feeling mcm cite lost
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Produksi2 filem dh boleh booking kot kalau nk buat shooting scene kapal terbang terhempas dlm hutan.. walopun x hancur gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
shiedafaizal replied at 22-5-2019 02:43 PM
Relaks la u..dijangka siap awal tahun depan kot..la ni mmg la nmpk buruks gitewww

Ohhh tak siap lg.. hahaha... tgk dah mcm cerita hantu siam dah ahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 22-5-2019 11:39 AM
seat colourful tu macam ex-Rayani Air jaaa..

btw, nasib baik meols dapat balik refund RM600++ da ...

MAS pun pernah guna seat colorful mcm ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2019 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum siap lagi jangka tahun dpn...mesti gempak nnti kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadi ingatkan dah jumpa mh370
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 11:28 PM | Show all posts
byk modal jg tu nak buat tp dah mampu apa salahnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2019 12:20 PM | Show all posts
arjunadewa replied at 22-5-2019 09:11 AM
MAS pun pernah guna seat colorful mcm ni

kapal rayani tu memang ex-MAS
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 12:49 PM | Show all posts
naik je business class tak pun first class kapal terobang sebenor lagi puas hati

tidur lena di awan awangan gitew

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 01:13 PM | Show all posts
byk duit tu, beli kapal terbang ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 04:46 PM | Show all posts
Siapa yang suka kelainan bolehlah cuba
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.091913 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list