CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 335551|Reply: 2258

[MERGED]MIMPI( aneh atau pelik etc ) latest syashacharlie minta tlg

[Copy link]
[dinda] This user has been deleted
Post time 5-7-2004 12:13 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Santeira at 16-7-2009 19:14

Post Last Edit by Santeira at 13-7-2009 10:37

apa mimpi korang yang paing pelik? beberapa malam lalu aku pernah mimpi kiamat berlaku.. bangunan semua pecah2 dan ada api yang tersangat besar meletup2 kat sana sini.. isshhh seramm.. pastu sket je terjaga dah..

[ Last edited by  BabeYSHa at 26-11-2008 10:53 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2004 12:32 PM | Show all posts
syah nyer mimpi taklah pelik sangat tapi selalu sangat berulang.

kerap mimpi yang gigi syah tercabut. org kata kalau mimpi gigi patah ni alamat buruk...sapa pernah dengar? betul kah? :hmm:
Reply

Use magic Report

[dinda] This user has been deleted
 Author| Post time 5-7-2004 12:36 PM | Show all posts
mimpi gigi tercabut orang kata akan kehilangan orang yang tersayang.. nauzubillah.. tapi tu le jangan percaya sangat.. berserah je laa ngan Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2004 11:27 AM | Show all posts
org kata mimpi tu mainan tidur.. tapi mimpi2 saya ada gak yg terjadi kat real life.. ntahla, bukan nak percaya.. tapi itula yg terjadi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2004 03:56 PM | Show all posts
aku pnah mimpi nak qiamat
pokok jadik longlai
bumi bergegar2
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2004 04:02 PM | Show all posts
Originally posted by ahysa at 5-7-2004 12:32 PM:
syah nyer mimpi taklah pelik sangat tapi selalu sangat berulang.

kerap mimpi yang gigi syah tercabut. org kata kalau mimpi gigi patah ni alamat buruk...sapa pernah dengar? betul kah? :hmm:


cik bedah pernah mimpi gigi tercabut. member cik bedah kata ada orang terdekat dgn kite spt keluarga akan meninggal. cik bedah x percaya mula2 tapi memang betul dalam beberapa minggu lepas tuh nenek kesayangan cik bedah meninggal di mekah. ralat betul tak jumpa dia masa dia nak berangkat tuh. sedihnyer.

tapi sebenarnye kekadang tuh mimpi nih mainan tido. mimpi yg boleh dipercayai ialah mimpi yg sebelum kite tido tuh, kite ada amik air semayang, baca doa2. kalau tak mainan syaitan jer.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2004 04:04 PM | Show all posts
cik bedah pernah mimpi bangunan asrama runtuh, ala-ala highland tower, tapi mimpi nih tak bleh pakai sebab masa tuh memang baru2 highland tower runtuh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2004 04:09 PM | Show all posts
wahh
hebat gak cik bedah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2004 08:26 PM | Show all posts

Artikel 1: Mimpi = Amaran Untuk Masa Depan?

Artikel ini Tok petik dan terjemahkan dari buku The World's Greatest Mysteries, tulisan Joyce Robins, Terbitan Hamlyn Publishing Group Ltd, 1998, pp30-31

Tajuk Asal : Propertic Dreams, Warnings For The Future

Penulis terkenal berbangsa Amerika, Mark Twain pernah bermimpi melihat mayat abangnya, Henry yang akan dikuburkan dengan jambangan bunga putih menghiasi dadanya. Mimpi itu sangat jelas sehinggakan Twain yakin yang abangnya telah meninggal, bagaimanapun akhirnya beliau menyedari bahawa semua itu adalah mimpi belaka.

Perasaan lega beliau bagaimanapun sementara. Beliau menerima mesej pendek menyatakan Henry, yang bekerja di sebuah syarikat perkapalan meninggal apabila terjadi letupan di bilik janakuasa sebuah kapal seliaannya.

Twain kembali ke Memphis untuk upacara pengkebumiaan. Dan alangkah terkejutnya Twain apabila melihat keadaan mayat abangnya persis seperti apa yang dilihatnya dalam mimpi tersebut! Lengkap dengan bunga putih menghiasi dadanya!

Pada May 1812, John Williams seorang pengurus perlombongan bermimpi yang beliau sedang duduk di lobi "House of Common" (Dewan parlimen), dan beliau melihat seorang lelaki berkot biru dan putih ditembak oleh seorang lelaki lain. Beliau bertanya siapa yang ditembak itu . Seseorang manjawab, Perdana Menteri, Spencer Perceval.

Selepas bermimpi, beliau sangat bimbang dan bercadang untuk memberitahu perihal mimpinya kepada Perdana Menteri, malangnya hasrat itu tidak kesampaian. Lapan hari kemudian, Perdana Menteri mati ditembak seorang lelaki ketika sedang berehat di lobi House of Commons.

Penulis menyatakan bahawa  "mimpi masa depan" seperti ini kemungkinan hanyalah perkara kebetulan. Ini kerana kes-kes pembunuhan atau kematian bukanlah sesuatu yang mustahil,contohnya pembunuhan seorang Presiden boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Penulis memberikan satu lagi contoh mengenai mimpi David Booth tentang sebuah kapal American Airlines akan terhempas. Selepas bermimpi tujuh malam berturut-turut, beliau menelefon syarikat penerbangan tersebut. Sehari kemudiaan pada May 25 1979, sebuah kapal terbang American Arlines terhempas dan mengorbankan 273 jiwa. Selepas itu, mimpi Booth berhenti.

Sebuah tragedi runtuhan di lombong arang Aberfan, Wales pada 1966 dan mengorbankan  150 jiwa dikatakan boleh dielakkan jika mereka mempercayai mimpi seorang kanak-kanak bernama Eryl Mai Jones yang bermimpi bahawa dia 'berjalan ke sekolah dan mendapati sekolahnya telah hilang'.

Penulis juga menghuraikan kajian seorang pakar psikitari yang menyiasat 60 dakwaan 'mimpi masa depan' dan mendapati 20 daripadanya disebarkan sebelum perkara tersebut terjadi. Beliau mendapati bahawa walaupun tidak semua mimpi itu 'serupa 100%' dengan kejadian, kes mimpi ini boleh dikatakan sebagai "mimpi yang memberi amaran untuk masa depan"

Disclaimer: Tok sekadar menterjemah dan mengulas artikel ini sebagai bacaan dan hiburan bersama,Tok tidak menyatakan samada Tok percaya atau tidak, so jangan keliru... :bgrin:

Apa pendapat anda?

[ Last edited by Tok_Batin on 7-7-2004 at 05:44 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2004 08:56 PM | Show all posts
entahlah yer tok...

no komen...ahaksss..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2004 01:45 AM | Show all posts
kekadang semua ni hanya kebetulan..mimpi semata2...
sesetengah lagi..tak boleh nak ditafsirkan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2004 11:27 AM | Show all posts
mimpi nih kadang2 terjadi apabila kita terlalu memikirkan sesuatu.. itu yg terbawa2 sampai dalam tidur tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2004 11:49 AM | Show all posts
Originally posted by [dinda] at 5-7-2004 12:13 PM:
apa mimpi korang yang paing pelik? beberapa malam lalu aku pernah mimpi kiamat berlaku.. bangunan semua pecah2 dan ada api yang tersangat besar meletup2 kat sana sini.. isshhh seramm.. pastu sket j ...


Mungkin tak ko baru lepas tengok Day After Tomorrow..? Terbawak-bawak dalam tido kot? (aku gurau ajer...)
Reply

Use magic Report

p|xus^ This user has been deleted
Post time 7-7-2004 12:31 PM | Show all posts
aku pernah mimpi matahari timbul dr barat tenggelam kat timur 2 kali.aku ingat lagik aku takut giler waktu tuh..yer aa..tak sempat bertaubat maa :D ibadat pun tak cukup lagik..hmm..

anyway aku ader sorang member yg selalu la bermimpi nih.mimpi cabut gigi la, mimpi nampak ikan, mimpi air sungai laa.. org cakap kalau mimpi bender bender yg mcm nih mmg ader maksud.tapi aku sajer tak nak percaya,..sbb aku jarang mimpi! hehehe!
Reply

Use magic Report

p|xus^ This user has been deleted
Post time 7-7-2004 12:33 PM | Show all posts
mimpi cabut gigi tuh mmg org cakap org terdekat nak meninggal... kebarangkalian nak betul pun besar kut..sbb mmg selalunya jadik bebetul..

dulu waktu result spm nak kuar..mlm tuh mimpi dpt ikan beso beso..esoknyer tuh...pehhh! result gempak beb! hehe! mimpi ikan alamat bagus!

lagik satu mimpi air pun maksud bagus..kalau air tuh mengalir, banyak lak tuh..insya allah byk rezeki..( org la kater..)
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2004 03:26 PM | Show all posts
saya pernah dengar seorang ustaz berkata.. segala mimpi yang kita mimpi ni anggaplah ia mainan tidur saja.. tak payah terlalu memikirankan maksudnya baik ke buruk nya.. kecuali satu mimpi sahaja.. iaitu mimpi bertemu Rasul kita.. sebab setan tak leh menyerupai Nabi kita.. itu sahaja mimpi yang benar.. yang lelain anggap ajer mainan tidur.. walau pun kekadang ada kebetulan dengan perkara yang terjadi :ah:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2004 04:45 PM | Show all posts
Originally posted by akira_nagasaki at 7-7-2004 03:26 PM:
saya pernah dengar seorang ustaz berkata.. segala mimpi yang kita mimpi ni anggaplah ia mainan tidur saja.. tak payah terlalu memikirankan maksudnya baik ke buruk nya.. kecuali satu mimpi sahaja..  ...


Problemnya... mana org tu tau rupa Rasul mcm mana. Kecuali org tu pernah jumpa Rasul. Kita yg hidup di zaman moden ni mana pernah jumpa.

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=114515
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2004 04:56 PM | Show all posts
Originally posted by Agul at 2004-7-7 04:45 PM:


Problemnya... mana org tu tau rupa Rasul mcm mana. Kecuali org tu pernah jumpa Rasul. Kita yg hidup di zaman moden ni mana pernah jumpa.

[url]http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=1145 ...

itu aku sendiri kurang pasti. cuma ustaz tu kata macam gitu.. mungkin yang di maksudkan nya tu.. kita yakin orang dalam mimpi tu adalah Rasul (semasa dalam mimpi tu).. aku rasa tak ramai org mimpi cam ni.. org
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2004 05:07 PM | Show all posts
Originally posted by akira_nagasaki at 7-7-2004 04:56 PM:

itu aku sendiri kurang pasti. cuma ustaz tu kata macam gitu.. mungkin yang di maksudkan nya tu.. kita yakin orang dalam mimpi tu adalah Rasul (semasa dalam mimpi tu).. aku rasa tak ramai org mim ...


Kautanyalah balik ustaz tu. Nak lagi elok, kau tanyalah ustaz2 lain... Aku tak berapa ingat kat mana aku dengar mcm ni... Tak pun try tanya kat M&M.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2004 05:15 PM | Show all posts
Kadang2 terjadi sebab kita terlalu fikirkan sesuatu alih2 terbawak dalam mimipi, pas tu ada yang terjadi secara kebetulan tapi mimpi sama yang berulang2 kadang2 ada betulnya..tapi kita tak tak rasa apa2 sebab mimipi ni taklah sebijik cam apa yang akan terjadi, so bila dah berlaku baru kita sedar...sebab ini semua kuasa Allah, kita manusia yang lemah ni tak berupaya nak mengetahui perkara akan datang walaupun telah diberi sedikit alamat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.061397 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list