CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4314|Reply: 30

[Tempatan] Rupanya Sungai Kim Kim tercemar dah 10 tahun. Ramai kantoi mcm ni. Cepat! lompat

[Copy link]
Post time 22-3-2019 07:41 AM | Show all posts |Read mode
Sudah 10 tahun Sungai Kim Kim tercemar
21 Mac 2019 5:31 PM


PASIR GUDANG 21 Mac - Pencemaran Sungai Kim Kim di sini bukan perkara baharu dan sudah diajukan kepada pihak bertanggungjawab sejak kira-kira 10 tahun lalu tetapi tiada tindakan.

Namun apabila pencemaran toksik pada 7 Mac lalu didedahkan, barulah tindakan diambil termasuk memburu dalang yang melakukannya itu pun selepas menjadi isu di seluruh negara.

Penduduk Kampung Pasir Putih di sini, Zulkarnain Hashim, 40-an, mendakwa sudah membuat aduan kepada pihak berkenaan sejak sekian lama tetapi tiada langsung tindakan susulan.

“Kira-kira 10 tahun lalu sudah puas saya membela nasib Sungai Kim Kim, masa tu tiada lagi sistem aduan melalui laman web kecuali menggunakan emel. Dalam email pelbagai luahan saya tulis sampailah akhirnya dapat berjumpa dengan pengawainya.

“Apa yang dikatakan pada saya waktu itu kenapa tidak mengikut saluran yang betul. Apa tidaknya apabila aduan tidak dilayan saya terus pergi ke Putrajaya mengadu hal ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pencemaran toksik di sungai tersebut sejak bemula sehingga kini melibatkan seramai 5,848 mangsa, daripada jumlah itu 951 dimasukkan dalam wad di hospital manakala 25 pula dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Zulkarnain berkata, semua maklumat dan bukti dilakukan pihak yang mencemarkan Sungai Kim Kim sudah dikemukan termasuk kesan signifikan terhadap manusia dan hidupan laut.

“Bagi saya apa yang berlaku sekarang adalah disebabkan sikap yang tidak proaktif dari badan bertanggungjawab. Sekarang kita boleh saksikan sendiri apa yang terjadi di Sungai Kim Kim serta tahap pencemarannya,” katanya.

Katanya, dahulu sungai itu menjadi tempat bagi kaki pancing namun kini selepas airnya bertukar menjadi kotor sudah tidak ada lagi yang pergi ke kawasan itu untuk memancing ikan.

Seorang nelayan, Mohd. Roslan Yusof, 53, berkata, pencemaran sungai itu bukanlah perkara baharu bagi penduduk setempat malah sudah berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sejak sekian lama kami berdepan masalah pencemaran, ini bukan sekali dua terjadi. Kesannya, hasil tangkapan kami juga berkurangan dan ini menjejaskan pendapatan kami.

“Banyak aduan telah buat oleh pihak nelayan namun tidak ada sebarang tindakan yang diambil, apabila bila timbul masalah pencemaran toksik ini barulah ada yang buka mata tentang perkara ini,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 07:44 AM | Show all posts
da 10 tahun  ???
so slama ni pihak yg berkenaan buat pekak telinga dn butakan mata ke


Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 08:08 AM | Show all posts
dalam tempoh 10 tahun tu takda ke yang sesak napas mcm sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 08:13 AM | Show all posts
ada cite dari org kastam benda ni dr luar bawa masuk malaysia utk buang
mmg dari dulu lagi
nape bole lepas inspection? paham2 jela
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 08:23 AM | Show all posts
mdhelmi replied at 22-3-2019 04:13 AM
ada cite dari org kastam benda ni dr luar bawa masuk malaysia utk buang
mmg dari dulu lagi
nape bo ...

wah bzness masyuk banyak ni....   

semoga SPRM cepat cepat masuk ambil tindakan sebelum jerung terlepas lari.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2019 08:42 AM | Show all posts
ooo patut xde nampak gambar ikan mati ke apa sebab memang semua dah mati lama dah
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo sampah masuk dr luar means melalui kastam. Kastam kannnnn termasuk dalam list ipan anak2 tk menjadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 09:31 AM | Show all posts
tiada pantauan, pegawai2 yang sepatutnya menjaga alam sekitar bertukar jadi penjaga stor kat ofis...

sikap sambil lewa dgn slogan " asal bukan kena kat aku" nie mmg payah nak ubah...esp kalau dah lama terdedah dgn budaya keja sambil lewa tanpa ada rasa bersalah ambik gaji bulan2 tanpa tanggungjawab

lupa kut hari2 makan ikan, sumber makanan laut tu entah2 dah tercemar dari sg2 mcm nie..

no wonder byk org mati muda kerana kanser, darah tinggi...gout
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Eager nk tau vvvvvvip mana lah yg payung kegiatan mcm ni...  Mcm mustahil ia berlaku tanpa payung
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:41 AM | Show all posts
pegawai pegawai ramai rasuah di johor...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan jadikan tukar Kerajaan sebagai suatu yg sia sia.

Mak tuntut!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:43 AM | Show all posts
aHoi83 replied at 22-3-2019 08:52 AM
Kalo sampah masuk dr luar means melalui kastam. Kastam kannnnn termasuk dalam list ipan anak2 tk men ...

padan la buah pelir aku berdenyut...ada org seru nama...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
leylapple replied at 22-3-2019 09:31 AM
tiada pantauan, pegawai2 yang sepatutnya menjaga alam sekitar bertukar jadi penjaga stor kat ofis... ...

Mkn gaji buta......
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 22-3-2019 09:43 AM
padan la buah pelir aku berdenyut...ada org seru nama...

Hahahahaha tak tag nama id pun tetap dpt notification di pelir ko LoL
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
mdhelmi replied at 22-3-2019 08:13 AM
ada cite dari org kastam benda ni dr luar bawa masuk malaysia utk buang
mmg dari dulu lagi
nape bo ...

Hangpa tengok ja la nanti. Semua saling tuduh menuduh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 10:20 AM | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 22-3-2019 09:42 AM
Jangan jadikan tukar Kerajaan sebagai suatu yg sia sia.

Mak tuntut!

masalahnya menteri jer bertukar... pegawai2 kerajaan masih lama...cara keja masih lama...

nak diorang berubah tu ssh, unless tukar orang lain jugak
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 10:24 AM | Show all posts
tikusmontok replied at 22-3-2019 08:08 AM
dalam tempoh 10 tahun tu takda ke yang sesak napas mcm sekarang?

Umpama memeram arak dn kimchi dlm tanah, 10thn diambil masa untuk kimia itu matang dn melepaskan kesan (gas beracunnya)....agaknyalah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 10:27 AM | Show all posts
dekmieDandy replied at 22-3-2019 08:42 AM
ooo patut xde nampak gambar ikan mati ke apa sebab memang semua dah mati lama dah

bukan dah lama mati tapi tak sempat pun nak hidup..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 10:28 AM | Show all posts
aHoi83 replied at 22-3-2019 08:52 AM
Kalo sampah masuk dr luar means melalui kastam. Kastam kannnnn termasuk dalam list ipan anak2 tk men ...

so kena telusuri baleklah the main signature yg beri cop LULUS.  Failnya masih ade ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.056657 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list