View: 4558|Reply: 24
|
'TMJ Bukan Wakil Rakyat, Dia Cakap Untuk Diri Sendiri' - Tun M
[Copy link]
|
|
Foto: The Sun Daily
“Dia bukan wakil rakyat. Bercakap untuk diri dia sahaja."
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) yang mendakwa kerajaan tidak merujuk Majlis Raja-raja Melayu ketika membuat keputusan menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), lapor Utusan.
TMJ sebelum itu memuat naik kenyataan di Facebooknya berkata, keputusan berkenaan dibuat secara terburu-buru tanoa mempertimbangkan implikasi undang-undang terhadap kedaulatan Malaysia dan kekebalan Yang di-Pertuan Agong.
Foto: IG TMJ
Bagaimanapun, Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah seperti dipetik dari Harian Metro berkata, penyertaan itu tidak akan menjejaskan kekebalan Yang di-Pertuan Agong.
“Keputusan kerajaan untuk menyertai Statut Rom adalah selari dengan dasar kerajaan ‘Malaysia Baharu’ yang menegakkan prinsip kebenaran, hak-hak kemanusiaan, kedaulatan undang-undang, keadilan, tadbir urus yang baik, integriti dan kebertanggungjawaban," katanya. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jalan ke arah bibit2 Republik Malaysia? Nilaikan .... |
|
|
|
|
|
|
|
hai,sesama islam & bangsa pun bercakaran.sorang dah tua kepot,yang sorang lagi darah muda.moga setel dengan baik lah |
|
|
|
|
|
|
|
isunya pasal kekebalan aje .
ke macamana ?? |
|
|
|
|
|
|
|
ok je jadik republik
dr nak menanggung biawok idop n kerabat |
|
|
|
|
|
|
|
kan...entitled sgt almaklum born on a silver plater gituuu menyampah iols
|
|
|
|
|
|
|
|
Alaah, macam lah atok tue cakap untuk rakyat sangat. Ai x kesah kalau nak republik ke haper, tapi make sure negeri ai secede dolo dari federation of Malaya. pastu kaw nak republik ke haper suka ngkawww ai benciii mamak tua nehhh dengan malaun2 dia! |
|
|
|
|
|
|
|
tugas seret penyamun ke mahkamah antarabangsa kita serah je la pada atok.
tugas jaga agama, terutama lgbt yg belom selesai tu yg patut kita rujuk istana.
i tak tahan tengok pembangkang seharian dok perlekeh sultan
takde tindakan pada isu2 berkaitan islam.
pembangkang hari nih langsung tak respek kuasa raja2 melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
apa masalahnya statut rom tu? baca fungsi dia mcm ok je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 11-3-2019 06:49 PM
https://www.malaysiakini.com/news/467350
ni laporan malaysia kini
Wisma Putra memberi jaminan bahawa kedudukan Yang di-Pertuan Agong tidak akan terancam selepas Malaysia menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Putera mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini mendakwa bahawa raja-raja Melayu mungkin tidak lagi relevan selepas Malaysia bersetuju dengan statut berkenaan.
"Kerajaan telah mengkaji secara mendalam dan teliti dari segi semua aspek sebelum membuat keputusan untuk menyertai Statut Rome. "Keputusan dibuat setelah kerajaan yakin bahawa kedudukan dan kekebalan SPB Yang di-Pertuan Agong tidak akan terjejas," kata Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini. Jumaat lalu, Tunku Ismail telah ditanya oleh akaun Twitter "Friends of Johor" sekiranya Statut Rome mengancam kedudukan raja-raja Melayu. Beliau menjawab: "Yes. Kedudukan Raja-Raja Melayu mungkin tidak relevan lagi selepas ini dan kedaulatan raja-raja akan pasti tergugat. Sekali gus ini akan memberi impak kepada status orang Melayu dan agama Islam di Malaysia."
ini laporan sikit je selanjutnya sila baca malaysiakini
tapi ...ada implikasi tertentu dibawakan oleh pihak pembangkang
so kena menilai jugak ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 11-3-2019 06:51 PM
Oleh:YB HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Saya telah meneliti beberapa laporan media berkenaan perkara di atas termasuk kenyataan rasmi dari SUHAKAM. Yang terbaru adalah kenyataan rasmi dari Wisma Putra berkenaan isu yang sama.
Jika diamati objektif Kerajaan secara langsung untuk menyertai Statut Rome ICC ini iaitu untuk membanteras jenayah antarabangsa yang sangat serius iaitu genosid, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan, objektif-objektif berkenaan adalah selari dengan prinsip-prinsip keadilan Islam yang PAS sendiri dokongi dan pertahankan.
Walaubagaimanapun, jika diamati dengan lebih terperinci dalam beberapa objektif yang digariskan Wisma Putra khususnya berkenaan jenayah terhadap kemanusiaan, saya berpandangan bahawa kita perlu lebih berhati-hati kerana dikhuatiri terdapat terma-terma yang tidak selari di antara Statut Rome ICC dengan Perlembagaan Negara dan Undang-Undang yang sedia ada. Lebih-lebih lagi jika ia bercanggah dengan Hak Asasi Melayu dan Bumiputera, Hak Raja-Raja Melayu, bidang kuasa Mahkamah Syariah serta Kedaulatan Negara.
Antara beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan adalah:
1. Kedudukan Artikel 7 di dalam Statut Rome yang berkaitrapat dengan 'Torture' di mana Sebatan Syariah cuba diklasifikasikan pihak tertentu sebagai 'Torture' di dalam Konvensyen CAT (Convention Against Torture atau Konvensyen Terhadap Penyeksaan). Adakah dengan keputusan Kerajaan PH ini, akan berlaku campurtangan pihak luar terhadap bidang kuasa Mahkamah Syariah khususnya terhadap hukuman sebatan?
2. Keputusan Kerajaan yang tidak mahu sertai Statut Rome ICC sebelum ini atas sebab-sebab tertentu, yang berkaitrapat dengan cabaran untuk meminda perlembagaan dan undang2 yang sedia ada malah wujudnya undang-undang yang sedia ada sudah memadai untuk memenuhi objektif Statut Rome ICC. Kenapa tiba-tiba pada 4 Mac baru-baru ini, pihak Kerajaan mahu pula sertai Statut Rome ICC ini? (Sila Rujuk Laporan Kebangsaan yang dihantar wakil Kerajaan (Bahagian Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan Kementerian Luar Negeri) untuk tempoh Mac 2013 sehingga Mac 2018 kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Persidangan Universal Periodic Review (UPR) atau Kajian Berkala Universal yang dianjurkan baru-baru ini pada 8 November 2018).
3. Beberapa Negara Islam TIDAK sertai ICC seperti BRUNEI, INDONESIA, TURKI, SUDAN SELATAN, KAZAKHSTAN, PAKISTAN, ARAB SAUDI, IRAQ, LIBYA, QATAR dan lain-lain. Malah jiran kepada MALAYSIA iaitu THAILAND dan SINGAPURA juga tidak sertai Statut Rome ICC ini. Kenapa tiba-tiba MALAYSIA di bawah Kerajaan PAKATAN HARAPAN mahu sertai Statut Rome ICC ini?
4. Kesan pada kuasa Raja-Raja Melayu khususnya terhadap Mahkamah Khas, kedudukan Ketua Negara, imuniti dan kekebalan. Kesannya pada Umat Islam secara keseluruhannya kerana Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam.
5. Kesan kepada campurtangan Negara atau Pihak Asing terhadap kes-kes 'jenayah kemanusiaan' di dalam Negara yang mungkin bukan pun ‘jenayah kemanusiaan’ dalam kes ini adalah sebatan syariah yang dianggap sesetengah pihak sebagai ‘jenayah kemanusiaan’.
6. Masalah tiada reservasi untuk Statut Rome seperti Konvensyen atau Triti Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa BERSATU yang lain. Kesannya pada undang-undang tempatan yang sedia ada jika berlaku percanggahan atau tidak selari dengan Statut Rome dan ICC.
7. Jika objektif Statut Rome ICC ini penting untuk membanteras jenayah antarabangsa yang sangat serius iaitu genosid, kenapa ISRAEL, AMERIKA SYARIKAT, MYAMMAR serta SYRIA tidak menyertai Statut Rome ini?
Saya juga ingin mencadangkan agar keputusan Kerajaan PH untuk menyertai Statut Rome ditarik balik berdasarkan Artikel 127 Statut Rome sendiri yang membenarkan mana-mana Negara untuk menarik balik penyertaan terhadap ICC sehingga Konsultansi Awam dengan semua pihak yang berkepentingan dapat dilaksanakan terlebih dahulu khususnya dengan Majlis Raja-Raja, Majlis Agama Negeri-Negeri dan pihak JAKIM. Malah BURUNDI, dan FILIPINA yang pernah menyertai Statut Rome ICC lebih 10 tahun yang lalu akhirnya telah menarik balik penyertaan mereka pada tahun 2017 dan 2019.
YB HJ AHMAD AMZAD HASHIM ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu
http://www.1media.my/2019/03/ter ... 2GmHTCjrQ5NPosD8TEI
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 11-3-2019 06:46 PM
Oleh:YB HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Saya telah meneliti beberapa laporan media berkenaan perkara di at ...
cuma aku nak sentuh bab raja2 melayu ini tunjang kekuatan agama Islam .
aku rasa tidak . malahan perpecahan pentadbiran agama Islam ini mengikut negeri adalah sesuatu yg amat merugikan . dengan jumlah zakat orang2 Islam yg berbiliion ringgit setahun .. ia umpama menabur air kedaun keladi umpama tidakemberi kesan . masih terdengar kemiskinan .. kelaratan ummah2 melayu ini yg sekaligus melambangkan Islam dimerata tempat dan juga paling penting dgn dana zakat sebesar ini kita masih tidak mampu memberi fokus utk memajukan bangsa . segalanya ditadbir mengikut sultan2 yg sumpah lillah kita tidak tahu akaunbilitinya .
jadi dengan memerdekakan pusat pentadbiran agama ini kita melihat sesuatu yg bersinar disebelah sana . |
|
|
|
|
|
|
|
peygi jahanam la kau
kau tarak layak sebut tang agma sebab kau sial bawak fitnah konon grab, speedmart, gardinia rosmah yg punya
tuya kecin rosmah yg bunuh
kau memang sial
|
|
|
|
|
|
|
|
sementara menunggu maghrib ni .
aku tak nampak pun mana celahnya ICC ni boleh memudaratkan institiusi raja2 . cuma pasal kekebalan tu biasa la .. ini bukan lagi tahun2 80an .. bukan boleh pukol2 org dgn kayu golf lagi .
standard la tu . |
|
|
|
|
|
|
|
Tak salah buat apa nak takut. |
|
|
|
|
|
|
|
robotech: Jalan ke arah bibit2 Republik Malaysia? Nilaikan ....
Ok kot better than having to pay royal high maintenance. Ada satu royal pun dah cukup - Sultan Nazrin helok ja. |
|
|
|
|
|
|
|
aku walaupun tak suka tua kutuk ni ..
tapi dlm hal ni aku ikut aje .
|
|
|
|
|
|
|
|
Team Atok....booooooo budak tak sekolah ni!! |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak minat atok, dan aku pun tak minat Kerabat JDT.
ni salah satu kes kena tutup.
Estonian model linked to Malaysian royal family found dead on same group of islands where British traveller died in mysterious circumstances a month earlier
Regina Soosalu was found dead on Rawa island, off coast of Malaysia
Treating death as murder after ‘suspicious wounds’ were found on her body
Today seven were arrested for questioning over her death
Found 20 miles from where body of Mr Huntley, 34, from London was found
Pathologists are now trying to establish how 23-year-old Soosalu died
She had set out from a resort for a stroll along the beach on July 1
https://www.dailymail.co.uk/news ... -month-earlier.html |
|
|
|
|
|
|
| |
|