|
|
Nama Haneesya Hanee sememangnya satu nama yang tidak mungkin dilupakan rakyat Malaysia. Hanee telah melakar sejarah Dewi Remaja apabila gelaran Dewi Remaja yang diberikan kepadanya telah ditarik semula gara-gara tularnya video penglibatannya dalam pesta arak.
Kredit foto: Instagram
Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada Hanee yang baru berusia 19 tahun ini. Namun, Hanee bangkit semula dalam masa yang amat singkat, bahkan kini rezekinya dalam bidang modeling mencurah-curah pula.
Walau bagaimanapun, segala gerak-gerinya tetap diperhatikan netizen. Terkini, Hanee ada memuat naik video pendek bersama jurumekapnya.
Melalui komen yang ditinggalkan pengguna Instagram, Hanee disamakan dengan Instafamous Faiz Roslan di mana mereka menyangka individu dalam video itu ialah Faiz Roslan, tetapi apabila melihat nama akaun IGnya, barulah disedari rupa-rupanya ia adalah Hanee dan bukan Faiz. Sungguh melucukan!
Betul ke sama? Faiz Roslan vs Haneesya Hanee
Namun, Hanee tidak langsung memberi respon terhadap komen-komen tersebut. Barangkali Hanee juga tidak menyangka dengan reaksi netizen yang sebegitu.
Tetapi, di dalam banyak-banyak komen, ada juga terselit komen daripada seorang pengguna Instagram yang mengatakan wajah Hanee seperti Ariana Grande.
Kredit foto: Google
Jadi, yang mana satu ni? Macam-macamlah netizen. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|