Edited by Sang_Pencinta at 8-3-2019 11:36 AM
Sering memuatnaik lawak jenaka, status terkini terkini pelawak Harith Iskandar bagaimanapun berbaur serius apabila beliau mengesahkan berita yang terkandung dalam portal Hollywood Reporter berkenaan tindakannya menyaman Jamie Masada, pengasas The Laugh factory kerana tidak membayar penuh wang kemenangannya dalam pertandingan 'Funniest Person in the World'.
Kredit foto: Carian Google
Pada tahun 2016, Harith telah memenangi pertandingan tersebut dan dijanjikan wang kemenangan ASD100,000 (RM407,520) beserta peluang mengadakan jelajah seluruh Amerika Syarikat (AS). Bagaimanapun, sejak memenangi pertandingan itu, Harith memberitahu Hollywood Reporter bahawa beliau hanya menerima ASD1,000 ( RM4,075) sebagai saguhati Top 20 dan tiga bayaran ansuran berjumlah ASD30,995 (RM126,310).
Kredit foto: Hollywood Reporter
Harith memberitahu bahawa walaupun berita Hollywood Reporter itu sebenarnya dikeluarkan Disember tahun lepas, beliau hanya dapat memberikan komen sekarang atas sebab perundangan. 'Ketika artikel itu mula-mula keluar tahun lalu, saya ditanya banyak pihak tetapi kerana kes itu belum disebut di mahkamah, saya tidak dapat mengulas'.
Kredit Foto: Facebook
Menurut Harith, beliau menyaman untuk mendapat semua haknya termasuk penipuan, melanggar kontrak, iklan mengelirukan, ketidakadilan ketika pertandingan dan beberapa isu lagi. Beliau turut menuntut baki ASD70,000 (RM285,264) wang kemenangan dan janji penganjur untuk mengadakan jelajah Amerika Syarikat atau pampasan setimpal.
Kredit foto: thecomicscomic
Turut dituntut adalah segala kos yang ditanggungnya menyertai pertandingan termasuk tambang penerbangan, yuran imigresen dan kehilangan pendapatan.
Semoga Harith Iskander berjaya dalam tuntutannya dan sudah pasti rakyat Malaysia akan memberikan sokongan kepada beliau. |