|
|
Hanya disebabkan tindik hidung, seorang gadis terpaksa menggunakan kerusi roda untuk seumur hidupnya selepas disahkan lumpuh separuh badan.
Daily Mail melaporkan, pada mulanya lubang tindik di hidung Layane Dias, 20, berdarah.
Namun dia menyangka ia bukanlah perkara yang serius.
 Foto: Daily Mail
Dia kemudiannya mengalami demam beberapa hati dan berasa kesakitan yang seirus di bahagian kakinya.
Kakinya tidak merasa apa dan ia menyebabkan dia tidak dapat berjalan seperti biasa.
Selepas didiagnosis, doktor menemui bakteria Staphylococcus di dalam aliran darahnya.
 Foto: Daily Mail
Pakar neuro, Oswaldo Ribeiro Marquez berkata, sepanjang 15 tahun berkhidmat dalam bidang perubatan, dia tidak pernah melihat kes seperti ini yang berpunca dari menindik hidung.
Pembedahan berjaya menghalang jangkitan daripada merebak tapi dia sudah tidak dapat menggunakan kedua-dua belah kakinya. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|