Di Malaysia, kita dapat melihat lambakan pusat urut terutamanya di Kuala Lumpur. Perkhidmatan urutan badan yang disediakan kebanyakannya mengenakan caj harga yang berpatutan.
Kredit foto: JustDial
Namun begitu, kadang-kala kita terlepas pandang tentang risiko mendapatkan khidmat rawatan di rumah-rumah urut sebegini.
Di Kuala Lumpur, kecoh apabila 20 orang pelanggan sebuah pusat urut di Kuchai Lama dijangkiti bakteria sejak Jun lalu.
Tujuh orang mangsa telah pun membuat aduan akan hal ini semasa perjumpaan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLCAH) hujung Januari lalu.
Kredit foto: Oriental Daily
Kesemua mangsa dikatakan telah mendapatkan khidmat urutan daripada tukang urut yang sama, iaitu seorang lelaki dari Vietnam. Susulan itu, mereka mengalami bengkak-bengkak, luka bernanah serta kesukaran berjalan.
Kredit foto: Oriental Daily
Seorang mangsa berkongsi pengalamannya apabila jatuh sakit dalam masa dua minggu setelah diurut di pusat urut berkenaan. Sebahagian daging pada kakinya terpaksa dibuang kerana tisu di sekelilingnya sudah mati. Keseluruhan pembedahan menelan belanja RM 23,000.
Kredit foto: Oriental Daily
Seorang lagi mangsa pula mendedahkan doktor memberitahu mungkin kakinya terpaksa dipotong jika bakteria sampai ke tulangnya.
Kredit foto: Oriental Daily
Menurut laporan perubatan, sekurang-kurangnya empat orang mangsa telah disahkan dijangkiti bakteria Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA) yang merebak melalui sentuhan dan resistan terhadap antibiotik yang biasa digunakan.
Majoriti mangsa telah pun menjalani pembedahan untuk membuang bahagian daging yang dijangkiti manakala sebahagian mangsa masih dalam kuarantin.
Dahsyat sungguh! Semoga selepas ini semua lebih berwaspada sebelum melanggan khidmat urut di pusat urut. - CARI |