|
|
Hari ini, rakyat Malaysia merafak sembah takzim atas perisytiharan Yang di-Pertuan Agong yang baharu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ini sekaligus menyaksikan Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar sebagai Raja Permaisuri Agong yang baharu.
Sebelumnya, Tunku Azizah Aminah dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang yang baru, 31 tahun sejak pertama kali gelaran ini dikurniakan.
Kredit foto: Instagram
Pemasyhuran telah disempurnakan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu majlis penuh adat istiadat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar. Tunku Azizah adalah Tengku Ampuan Pahang yang kelima dalam sejarah Kesultanan Pahang.
Kredit foto: Instagram
Upacara pemasyhuran bermula dengan peristyiharan pertabalan Tunku Azizah sebagai Tengku Ampuan Pahang oleh Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah seperti yang diperkenankan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kredit foto: Instagram
Berikut adalah informasi Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mungkin anda belum tahu;
1.Tunku Azizah yang dilahirkan di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru pada 5 Ogos 1960, anakanda keempat kepada Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dengan Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah.
Kredit foto: Instagram
Kredit foto: Instagram
2.Tunku Azizah menerima pendidikan awal rendah dan menengah di Johor Bahru sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Nasional Singapura dalam bidang Sains Politik dan Sosiologi.
3.Berkahwin dengan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang pada ketika itu Tengku Mahkota Pahang pada 6 Mac 1986.
4.Dikurniakan 9 orang Putera dan Puteri.
Kredit foto: Instagram
Kredit foto: Instagram
5.Menyandang pelbagai jawatan rasmi antaranya Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja Negeri Pahang Penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja, Penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri Dunia, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) cawangan Pahang, Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Kebangsaan (1991) ,Naib Yang Dipertua PPPM Peringkat Kebangsaan (1999-2011), Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Pahang dan Pengasas dan Presiden Seumur Hidup Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).
Kredit foto: Instagram
Kredit foto: Instagram
6.Seorang yang minat memasak sehingga menghasilkan buku resipi ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang’ pada 2005 dan dua buku resipi lain iaitu ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang - Masakan Tradisional Pahang’ dan ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang - Manisan Tradisional Pahang’ pada 2018. Selain itu minat menjahit, mengait, menyulam, membatik dan mereka bentuk Tenun Pahang Diraja.
Kredit foto: Instagram
7. Dikhabarkan seorang forumner CARI yang aktif, sudah semestinya Baginda ada thread yang khas di sini untuk para forumner mengucapkan tahniah
Semoga keluarga Diraja dikurniakan kesihatan dan dapat memerintah dengan adil dan saksama. Daulat Tuanku! - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|